Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Friday 29 June 2012

Cara Membezakan Daging Lembu dengan Daging Khinzir

Salam Jumaat semua....Admin hanya ingin berkongsi apa yang admin temui daripada FB admin sendiri. Mungkin akan bermanfaat untuk kita semua. -NAA-


5 Cara Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir!-daripada FB Ustaz Nasir




Di zaman sekarang ini penting untuk kita mengetahui cara untuk membezakan sesuatu.


Dan mencari yg halal itu wajib bagi umat Islam.

Terdapat beberapa perbezaan asas antara daging lembu dan daging babi dan ianya agak mudah untuk kita bezakan jika kita tahu bagaimana caranya.

Menurut Dr. Ir Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu Dan Pangan, IPB di Indonesia mengatakan bahwa melalui mata kasar terdapat 5 aspek yang boleh di ambil kira lantas membantu kita untuk membezakannya iaitu warna, serat,lemak, aroma dan tekstur.

1) WARNA

Jika di lihat (gambar), warna daging babi lebih pucat berbanding daging lembu.

Warna daging babi seolah seolah warna daging ayam.

Namun, ini tidak boleh di jadikan panduan semata mata dalam membezakan daging babi, kerana daging babi sering belumuran dengan darah dan ianya mirip dengan daging lembu.

2) Serat Daging

Perbezaan kelihatan jelas di antara kedua dua daging.

Pada daging lembu, serat serat daging kelihatan padat dan garis garis seratnya kelihatan jelas.

Sedangkan pada daging babi , serat seratnya tidak jelas kelihatan dan serat serat itu berada dalam kedudukan renggang.

Perbezaan ini makin jelas, apabila kedua dua daging di renggangkan seperti di dalam gambar.

3) Lemak

Perbezaan dapat dilihat dari segi keanjalan lemak tersebut.

Lemak daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik.

Manakala, lemak daging lembu, lebih pejal, kaku dan mempunyai bentuk.

Selain itu, lemak daging babi lebih lembap dan sukar untuk di asingkan dari dagingnya sementara lemak daging lembu, lebih kering dan berserat.

4) Tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih padat dan pejal berbanding daging babi yang lembik dan mudah untuk di regangkan.

Melalui perbezaan ini, sebenarnya waktu memegangnya pun kita dah boleh terasa perbezaan yang ketara kerana daging babi lebih kenyal dan mudah untuk kita regangkan.

Manakala, daging lembu terasa cukup solid dan keras dan sukar untuk kita regangkan.

5) Aroma

Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir.

Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.

Panduan panduan ini penting untuk kita tahu.

Dan di harapkan panduan panduan ini dapat membantu Muslimin Muslimat dalam mencari yang halal.

Kerana mencari yang halal itu wajib!

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. Harap Share dan kongsi untuk manfaat bersama.

Sunday 24 June 2012

9 FORMULA KEJAYAAN PERNIAGAAN -Dr. Azizan

Admin hanya ingin berkongsi dengan para pembaca berkaitan 
(9 FORMULA KEJAYAAN PERNIAGAAN- oleh Dr. Azizan)
Buat yang baru hendak berjinak dengan dunia perniagaan seharusnya memahami dan aplikasi formula-formula berguna yang telah diberikan oleh DAO. Selamat berjaya semua.
Jangan pernah jemu untuk menuntut ilmu yang mampu memberikan nilai tambah dan memperbaiki hidup kita dengan lebih baik.




Ramai orang yang bekerja atau mereka yang baru menceburi bidang perniagaan yang bertanya saya tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan mereka. Tetapi, ramai mereka ini yang ingin berniaga apabila ditanya kenapa mereka mahu berniaga, rata-ratanya akan menjawab "Sebab ingin kaya!" atau "Ingin banyak duit!". Tetapi berdasarkan pengalaman serta kajian saya sendiri, saya mendapati hampir 90% yang baru berniaga, mereka bukan sahaja tidak buat banyak duit, tetapi akhirnya mereka bukan sahaja "tutup kedai" atau gagal serta mengalami kerugian atau menanggung hutang.


Saya bukan berniat menakut-nakutkan anda, tetapi itulah hakikat mereka yang mula berniaga tanpa prinsip M.E.S.T.I (M=Mentor, E=Elmu, S=Sistem/Strategi yang betul, T=Tindakan yang betul & I=Impian yang jelas). Ramai yang ghairah melihat orang lain berniaga dan berjaya merubah hidup mereka, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak ada ilmu berniaga atau mereka tidak ada mentor yang terbukti berjaya yang mereka boleh pelajari daripadanya dan mereka lebih rela "melanggar dinding" menghabiskan duit, buang masa dan tenaga "mencuba nasib" di dalam perniagaan baru yang mereka ingin mulakan.

Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan di dalam sesebuah perniagaan apatah lagi jika ianya akan menjadi perniagaan baru anda?

Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas

Sebelum anda mula berniaga, anda perlu jelas dengan apakah sebab utama anda ingin memulakan perniagaan tersebut? Kenapa anda ingin berniaga? Apakah yang anda inginkan daripada perniagaan tersebut? Apakah matlamat peribadi yang anda ingin capai dengan menggunakan perniagaan tersebut sebagai alat? Apakah impian anda? Adakah anda lakukannya untuk orang-orang yang anda sayangi?

Kebanyakan mereka yang berjaya di dalam perniagaan adalah mereka yang pada asalnya mempunyai matlamat yang jelas tentang kenapa mereka mahu mulakan perniagaan tersebut. Dan ramai juga yang bermula dengan tidak menyangka yang ianya akan menjadi perniagaan yang berjaya tetapi mereka mempunyai matlamat peribadi pada asalnya yang mereka ingin capai. Contohnya, Warren Buffet, salah seorang billionnaire dunia, lebih 35 tahun dahulu beliau bermula hanya daripada minat beliau terhadap produk-produk baru yang ada dipasaran dan menyebabkan beliau suka untuk membeli saham-saham yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar produk-produk tersebut dan akhirnya semua saham yang beliau beli meningkat beratus ribu kali ganda berpuluh tahun kemudian. Mark Zuckerberg bermula dengan matlamat peribadi untuk mengenali ramai gadis-gadis di universitnya dan akhirnya terciptalah satu sistem internet yang dipanggil "Facebook". Ada sesetengah jutawan peserta program saya yang bermula daripada tanpa wang atau sedikit wang di dalam poket mereka tetapi disebabkan mereka bermatlamat untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang mereka sayangi, maka mereka mulakan perniagaan tersebut.

Kenapa matlamat yang jelas ini penting? Selain daripada ianya dapat membantu anda untuk mempunyai fokus yang anda ingin capai, ianya adalah lebih penting dikala anda berdepan dengan cabaran ataupun halangan di dalam perniagaan anda supaya anda akan sentiasa ingat, kenapa anda mulakan perniagaan tersebut dan untuk apa atau untuk siapa serta kenapa anda perlu buat sehingga berjaya.

Tuliskan dengan jelas apakah matlamat yang anda ingin capai serta tarikh ataupun tempoh bila anda mahu merealisasikan matlamat tersebut.

Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?

Ya. Ini adalah sebab kenapa ramai usahawan terutamanya usahawan baru gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Ramai usahawan yang saya jumpa bila ditanya, apakah masalah kritikal yang dihadapi oleh ramai orang yang menyebabkan mereka sangat memerlukan produk atau perkhidmatan anda? Ramai usahawan ini tidak mampu menjawabnya atau mereka menjawab tanpa keyakinan yang tinggi sehingga mereka tidak mampu meyakinkan saya sebagai pelanggan untuk menggunakan produk mereka, sedangkan produk mereka sebenarnya berkualiti tinggi.

Sebab itu amatlah penting untuk anda mengenalpasti sebanyak mungkin masalah yang boleh diselesaikan lantaran menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda berikan. Contoh, sekiranya anda menjual karipap panas berintikan daging serta kentang diwaktu petang dan ianya memang sangat sedap. Masalah yang anda boleh selesaikan ialah anda menyelesaikan masalah mereka yang ingin minum petang berbekalkan karipap panas dikawasan-kawasan pejabat bukan? Anda juga menyelesaikan masalah isteri-isteri yang ingin menghidangkan karipap panas sedap untuk anak-anak mereka serta keluarga diwaktu petang dikawasan-kawasan perumahan. Anda juga menyelesaikan masalah mereka yang rindu karipap panas masakan ibu mereka dikampung.

Lebih banyak masalah yang anda boleh kenalpasti yang bakal anda dapat selesaikan dengan produk atau perkhidmatan anda, maka lebih mudah anda akan dapat pasarkannya serta lebih yakin orang dengan anda.

Ketiga: "Bootstrap"
Ramai orang yang beranggapan bahawa untuk berniaga, anda perlukan modal wang permulaan yang besar. Terus-terang saya katakan bahawa anda tidak semestinya bermula dengan modal yang besar, malah ramai peserta program-program keusahawanan saya yang memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga mereka benar-benar yakin untuk membesarkannya. Teknik memulakan perniagaan tanpa modal ini dipanggil sebagai "Bootstrap". Anda mulakan dengan apa sahaja yang anda ada. Anda gunakan apa sahaja bakat, minat atau kemahiran yang anda ada untuk ditawarkan kepada mereka yang perlukannya. Atau ramai yang bermula dengan menjual produk atau perkhidmatan orang lain terlebih dahulu. untuk menimba pengalaman serta mengumpulkan modal. Teori kisah Mat Jenin adalah sangat berguna untuk diambil iktibar. Mulakan dengan mengambil upah panjat kelapa, kemudian duit upah itu digunakan untuk membeli ayam, bila ayam bertelur, jual telurnya dipasar, kemudian kumpul duitnya sehingga cukup beli kambing, selepas bela kambing, jual susunya dan kemudian jual kambing sehingga dapat beli lembu, apabila telah mempunyai lembu, perah susunya dan jual sehinggalah satu hari nanti lembu semuanya boleh dijual dan Mat Jenin menjadi kaya.... Masalah yang ada dalam kisah Mat Jenin adalah, ianya adalah angan-angan sahaja tanpa tindakan.

Tetapi, kita boleh ambil iktibar kaedah "Bootstrap" yang digunakan serta kesabaran juga amat penting selain daripada sentiasa bersedia untuk memperbaiki diri.

Keempat: Test, Trial & Adjust
Sekiranya anda ingin berniaga serta memasarkan produk baru dipasaran ataupun anda ingin memasarkan perkhidmatan yang terbaru. Anda perlu "menguji" permintaan dipasaran dengan menjalankan percubaan serta ujian demi ujian dan bersedia mengubahsuai produk atau pekhidmatan anda sehingga ianya benar-benar mudah diterima oleh pasaran. Tidak ada produk yang baru dijual yang tidak diuji terlebih dahulu serta dibuat kajian pasaran. Contohnya karipap berinti daging dan kentang yang ingin kita pasarkan, ianya perlulah diberi makan kepada beberapa orang dalam tempoh sesuatu masa dan mendapatkan maklumbalas jujur mereka agar anda dapat mengubahsuai rasanya atau bentuknya sehingga anda benar-benar puashati sebelum anda jual dipasaran.

Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman

Formula ini amat kritikal di dalam perniagaan, apatah lagi jika ianya adalah perniagaan baru. Hanya perniagaan yang untung ketika kecil yang akan untung bila ianya besar nanti. Konsistensi di dalam keuntungan akan membuatkan perniagaan anda mempunyai potensi aliran tunai yang bagus. Perancangan kewangan serta menyimpan sebanyak mungkin keuntungan secara konsisten akan membuatkan anda dapat mengembangkan lagi perniagaan anda tanpa anda perlu meminjam. Contohnya, anda telah memulakan perniagaan karipap anda ini secara kecil-kecilan dengan satu tapak. Dan tapak ini boleh berikan anda keuntungan bersih RM100 sehari. Apabila anda kumpulkan sebahagian duit keuntungan ini, maka ianya memungkinkan anda untuk membuka tapak yang kedua, ketiga, keempat dan tapak-tapak berikutnya dengan mudah tanpa pinjaman. Bayangkan jika dalam tempoh tertentu anda dapat mengembangkan tapak perniagaan anda kepada 10 tapak, maka ini bermakna anda boleh mendapatkan keuntungan bersih RM1,000 sehari melalui perniagaan karipap panas anda tersebut. Anda tidak perlu meminjam untuk mengembangkan perniagaan anda.

Keenam: Pilih "tentera" anda dengan teliti dan betul
Maksud "tentera" di sini adalah pekerja.Tidak ada orang yang akan mampu melakukan semua perkara berseorangan. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang pandai memilih pekerja yang bagus untuk membantu kejayaan perniagaannya. Dalam hal ini, anda perlu belajar bagaimana memilih pekerja mengikut kriteria yang anda tentukan. Anda perlu tuliskan "pekerja impian" yang anda mahukan sebagai satu garis panduan anda di dalam memilihnya nanti.

Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif

Setelah anda berniaga di dalam satu tempoh waktu dan anda berjaya konsisten di dalam keuntungan serta aliran tunai anda menunjukkan peningkatan yang konsisten serta positif, anda akan meletakkan diri anda serta perniagaan anda di dalam kategori usahawan yang mempunyai kredibiliti untuk diberikan pinjaman. Walaupun adalah bagus jika anda boleh mengembangkan perniagaan anda tanpa membuat sebarang pinjaman bank tetapi sekiranya aliran tunai anda adalah positif dan bagus, anda mungkin layak untuk mendapatkan fasilit atau pinjaman bank. Sebab itu amat penting untuk mempunyai disiplin dengan memasukkan duit jualan anda ke dalam satu akaun anda atau akaun perniagaan anda supaya ianya menunjukkan aliran tunai yang bagus dan konsisten. Kesilapan ramai usahawan baru dan kadang-kadang yang lama adalah mereka tidak memasukkan duit jualan mereka ke dalam akaun bank mereka terus, malah mereka terus ambil duit tersebut untuk beli stok atau sebagai modal pusingan. Ini merupakan kesilapan yang paling besar. Sekiranya satu hari nanti anda perlukan fasiliti kewangan daripada pihak bank, mereka tidak berapa berminat dengan "kisah" jualan perniagaan anda yang tinggi tanpa mereka dapat melihatnya masuk ke dalam akaun bank anda. Fasiliti kewangan atau pinjaman bank akan lebih mudah anda dapat sekiranya anda boleh menunjukkan aliran tunai yang konsisten, positif dan bagus masuk ke dalam penyata akaun bank anda.

Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan
Ya benar! Sekiranya anda masih bekerja, saya mencadangkan agar anda mulakan perniagaan anda secara sampingan. Saya mempunyai peserta seminar saya yang suaminya masih bekerja sebagai seorang jurutera dan isterinya seorang pembantu perubatan, tetapi mereka juga memiliki sebuah perniagaan butik pakaian kanak-kanak dan bayi di sebuah pasaraya yang mereka jalankan secara sampingan. Saya juga mempunyai beberapa orang lain yang masih bekerja tetapi mengambil tempahan membuat kek dirumah setelah habis waktu kerja mereka. Anda hanya akan berhenti kerja apabila anda sendiri benar-benar yakin dengan perniagaan yang anda lakukan dan anda telah bersedia memberikan lebih banyak masa untuk pulangan yang lebih daripada masa yang anda gunakan untuk bekerja.

Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah"
Kunci utama kepada kejayaan sesebuah perniagaan juga sudah pastinya bergantung kepada konsistensi pelanggan yang membeli daripada anda bukan? Jika produk makanan yang anda buat adalah sangat sedap tetapi jika tidak ada yang tahu serta mahu membelinya, maka anda mungkin terpaksa makan sendiri produk-produk tersebut. Ramai usahawan baru dan lama yang tidak sedar betapa pentingnya ilmu pemasaran supaya anda sentiasa menarik ramai pelanggan agar jualan anda serta keuntungan anda sentiasa tinggi. Ramai jug yang tidak tahu bagaimana untuk menjalankan strategi pemasaran yang mudah dan berkesan untuk perniagaan mereka. Sebagai usahawan, produk atau perkhidmatan anda pasti alan gagal jika ianya tidak dipasarkan dengan betul dan di sinilah pentingnya untuk anda bersedia "kembali ke sekolah", kembali meningkatkan ilmu pemasaran anda dengan belajar melalui buku-buku ataupun menghadiri seminar-seminar keusahawan atau pemasaran agar perniagaan anda tidak ketinggalan. Anda pasti hampir gagal jika pesaing anda mempunyai ilmu pemasaran yang lebih hebat daripada anda walaupun mungkin produk atau perkhidmatan mereka tidaklah sehebat produk anda!

*Sekiranya anda ingin mempelajari lebih banyak lagi ilmu keusahawanan dan strategi pemasaran, anda boleh hadir sendiri Percuma ke Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power 2012 dengan layari marketingpower.com.my atau hubungi 019/013-2442244. Hanya tinggal beberapa lokasi terakhir. -DAO-

Friday 22 June 2012

SAF PERTAMA MILIK SIAPA?

REVIVE A SUNNAH ⇨
SAF PERTAMA (MUSLIMIN) DAN JEMAAH SOLAT SUBUH DAN ISYA'


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Sollallahu'alaihiwassalam bersabda "Jika manusia itu tahu keutamaan azan dan saf pertama, tetapi mereka tidak mampu mendapatkannya melainkan dengan membuat undian,nescaya mereka mahu diundi. Jika mereka tahu keutamaan segera pergi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Jika mereka tahu keutamaan solat Isya' dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya, sekalipun mereka akan merangkak." (HR Imam Muslim)

Laa ilaaha ilALLAH..MuhammadurRasulullah..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ









Hasil Nukilan Oleh:
-UHF-

Wednesday 20 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 7


Teringat Dania kejadian beberapa hari yang lalu. Kejadian yang merentap hatinya. Terlalu sakit untuk dia terima. Pada hari itu bekalan eletrik telah terputus untuk beberapa jam maka terpaksalah mereka bergelap. Kebetulan pada malam itu adalah hari lahir Zaf yang ke-14. Zaf adalah jiran Dania di bilik hadapan.

Untuk meraikan majlis tersebut Dania, Atie, Azzah dan Teha telah bertandang ke bilik hadapan dengan sebiji kek mini yang dibeli dari kafetaria untuk menyambut birthday Zaf. Teman sebilik Zaf yang lain juga turut memeriahkan susasana dengan jamuan ringkas yang telah mereka sediakan.

Walaupun jamuan tersebut dilakukan dalam keadaan yang gelap-gelita. Namun, segalanya terasa begitu sempurna. Kebiasaannya, hari lahir untuk pelajar asrama seperti mereka akan disambut dengan pelbagai aktiviti yang unik. Maklumlah, masing-masing jauh daripada keluarga. Jadi, mereka perlu saling mengambil berat antara satu sama lain.Cuma pada malam tersebut mereka rasa tidak perlu untuk melakukan aktiviti yang agak ’ganas’ kerana takut akan mendapat habuan istimewa daripada Pak Sok.

Selesai sesi makan kek mini Dania hanya duduk bersantai ditepi tangga asrama sambil menikmati angin malam. Maklumlah ketiadaan elektrik menyebabkan kipas tak mampu berfungsi. Bahang di bilik makin terasa, walau pintu dah dibuka seluasnya. Mungkin tanda-tanda mahu hujan. Tiba-tiba Hani datang menghampiri Dania. Dania hanya diam sambil memerhati dalam senyap.

Setelah kesunyian menyelubungi mereka untuk beberapa ketika, Hani mula berbicara Dania, aku nak cakap dengan kau sikit. Tapi aku harap kau jangan tekejut pula” ucap Hani seakan memberikan amaran awal. Bicara Hani membuatkan jiwa Dania sedikit terganggu.

”Apa yang kau nak cakapkan pada aku?” soal Dania kepada Hani. Wajahnya masih tenang, cuba ditunjukkan seperti tidak terkesan sedikit pun dengan amaran Hani tadi

“Dua malam yang lepas, sewaktu prep aku ada dengar perbualan Adam dan ahli Devil group. Perbualan mereka adalah berkaitan kau” kata Hani

“Berkaitan aku? Kau memang pandai buat aku rasa suspen jer” balas Dania pada Hani seakan cuba berseloroh. Tapi jantungnya mula berdetak laju. Macam rentak lagu rock underground. Apa yang mereka bualkan tentang aku?” sambung Dania.

”Mereka berbual tentang pertaruhan ke atas kau” kata Hani.

”Pertaruhan? Atas aku? Tapi untuk apa mereka buat semua tu ke atas aku? Betul ke apa yang kau dengar Hani?” soal Dania pada Hani seperti lansung tak percaya.

”Aku pasti. Itu aku dengar dengan telinga aku sendiri. Mereka bertaruh ke atas kau dengan hadiah yang bernilai RM 100. Seandainya sesiapa di antara mereka yang mampu mencairkan hati kau maka mereka akan menang pertaruhan tersebut” terang Hani kepada Dania.

”Apa!... Mereka ingat aku ni barang mainan yang boleh dijadikan taruhan ke? Aku tak akan biarkan seorang pun daripada mereka akan menang dalam pertaruhan ni. Apa yang pasti, hanya aku yang akan mengawal permainan ini” bidas Dania dengan tegas. Kegilaan itu harus dihentikan. Lansung Dania tak menyangka dia akan berhadapan dengan situasi seperti ini.

Dahulu dia pernah menonton situasi seperti ini di dalam cerita She’s All That. Tapi itu adalah di dalam rancangan televisyen. Apa yang dihadapi Dania kini adalah suatu realiti. Dia adalah realiti. Devil group juga adalah realiti. Andai mereka mahukan menjadikan Dania bahan permainan. Maka, itu tak mungkin berlaku. Tidak sama sekali. Permainan tersebut hanya akan dikawal oleh Dania tanpa mereka sedari.

“Jika ada Devil Group pastinya wujud Adam. Ini beerti Adam juga turut terlibat. Adam....kenapa harus kau lukakan hati aku dan permainkan maruah aku. Setelah aku mula mengagumi dirimu dalam diam” bisik Dania di dalam hati sendiri dengan sendu yang di tahan.

Monday 18 June 2012

Tips Hidup Luar Biasa


Selamat Berhari Isnin semua pembaca.....Wahh memang dugaan kan untuk hari pertama bekerja untuk minggu ni....Tapi tak mengapa, admin ada sedikit tips yang ingin dikongsikan bersama. Tips ni admin ambil daripada FB Alumni atau Bakal Alumni Dr. Azizan... 
Well Sharing is Caring....

 Tips4HidupLuarBiasa: Berani adalah kuncinya! Berani berfikir, berani bertindak dan berani buat lain daripada org lain! Bila Wright brothers tengah test utk cipta kapalterbang, semua org kata diorg gila, bapak dia sendiri paderi masa zaman tu dan ramai org ckp anak dia dah dirasuk syaitan, khurafat dan syirik kerana sedang cuba merubah takdir Tuhan yg manusia tidak boleh terbang, siap ada "forum" khas agaknya masa tu utk fitnah dan kutuk diorg! ....... Hari ni, org terbang lebih ramai daripada semalam dan semakin ramai! Org ingat nama Wright brothers tapi org tak kenal pun "bowl" org2 yg lain tu..... Buatlah sesuatu yg luar biasa utk menambah nilai hidup kita, keluarga kita dan org ramai yg lain! Tak salah utk buat anak2 kita ingat yg "Bapa dia atau ibu mrk adalah HERO, org yg biasa2 tp berani bertindak menjadi luar biasa dan bukan hanya org yg "biasa2" serta takut utk merubah hidup jadi luar biasa!". - DAO-



Maka keyword nyer kite semua perlulah jadi lebih berani untuk melakukan perubahan positif untuk diri sendiri.     -NAA-

Friday 15 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 6


Keadaan ladang getah yang sedang menguning daunnya mula bertukar wanrna. Dania hanya berjalan-jalan menyusuri pohon-pohon getah sambil mengutip biji-biji getah yang berguguran. Situasi ini mengembalikan memoru Dania kepada filem Mohabbatein yang terkenal dengan simbol daun kuning yang berguguran. Dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Aiswarya Rai. Untuk seketika Dania merasakan dirinya seperti menjadi sebahagian daripada filem tersebut.

Setelah agak banyak biji getah yang dikumpulkan di dalam tin susu yang kosong, Dania berjalan menuju ke kolan ikan berhampiran pondok pengawal. Dia lebih tenang di situ sambil mencari ilham dan jalan penyelesaian untuk masalah yang melandanya. Kolam ikan itu telah menjadi tempat dia menghabiskan masa sejak dari tingkatan 1  lagi. Tempat itu telah menyimpan seribu kenangan dan menyaksikan jatuh dan bangun hidup Dania di MRSM Pendang.

Begitu tenang sekali dirasakan ketika memandang kolam yang dilitupi oleh pokok teratai yang tumbuh meliar. Dania hanya memerhati kolam tersebut sambil mencampakkan satu per satu biji getah yang dikumpulkan tadi. Bagi Dania setiap satu biji getah yang dicampakkan itu melambang masalah yang mengganggu hidupnya. Bukan beerti dia ingin mengelakkan diri dari masalah tersebut tetapi cuba mencari sedikit kekuatan yang tersisa untuk menyelesaikannya. Mungkin ini akan meringankan sedikit beban yang tanggung oleh Dania.
Sejak dari dulu lagi Dania sememangnya cukup sukar untuk berkongsi masalah dan perasaan dengan orang. Bagi Dania terlalu sukar untuk dia mempercayai orang lain selain dirinya sendiri. Dania merasakan dia perlu menjadi teguh dan tabah kerana dia perlu menjadi contoh dan pelindung untuk adik-adiknya pada masa hadapan.

HATI BERSUJUD





Sungguh daku insan empunya hati yang lalai...
Namun ingin kukongsi rasa ini agar kalian yang disayangi turut sama merasai...
Kemanisan sujud...
Bukanlah jasad saja bersujud..hadirkan sama hati bersujud...
Rendahkan diri serendah-rendahnya di hadapan PENCIPTA...

Jika sebelum ini kukongsi rasa malu..
Malu bila kubandingkan diri ini dengan gunung...
Jika daku berdiri dalam solat, ia berdiri lebih lama...
Apabila daku sujud, ia sujud lebih lama...
Daku bertasbih, ia bertasbih lebih lama...

Pagi ini ingin kukongsi...
Sebahagian hadith yang dicintai junjungan mulia Rasulullah Sollallahu'alaihiwassalam..
Hadith ini mudah-mudahan menggalakkan kalian yang disayangi untuk sujud lebih kerap dan lebih lama..

Sabda Baginda Sollallahu'alaihiwassalam:
"................ALLAH memerintahkan para malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang tidak mempersekutukan-NYA dengan lain-lain (dari neraka). Para malaikat mengenal mereka yang di neraka itu dengan tanda-tanda bekas sujud. Sesungguhnya api memakan tubuh anak Adam di neraka selain bekas sujud............................"(HR Imam Muslim).

T_T Sungguh tidak mahuku dicampakkan ke neraka..
Namun melangit dosaku tidak selayaknya daku ke syurga..
Nauzubillahminzalik andai daku dicampakkan ke neraka sungguh binasalah daku dalam murka-NYA..
Moga tanda sujudku maka akan cepat2 daku dipilih keluar..
Nauzubillahminzalik..maafkanlah hisab kami Ya LATHIF..T_T
Ya WADUD..Ya GHAFUR..kuyakini kasih sayang-MU melebihi murka-MU..
Ampunilah kami duhai PEMILIK sekalian alam...T_T

Laa ilaaha ilALLAH..MuhammadurRasulullah..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ



Hasil Nukilan Oleh:
-UHF-

Sunday 10 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 5


Petang hari Ahad macam ni entah apa agaknya mimpi Azzah, tiba-tiba sahaja dia mengajak Dania bermain bola jarring. Katanya lagi ramai lagi meriah. Tambahan pula, kumpulan Azzah kekurangan pemain dan tidak mempunyai `shooter’. Oleh kerana Dania pernah memegang posisi sebagai “shooter” sewaktu mewakili sekolah rendah dahulu, maka menjadi satu markah bonus untuk Azzah mengajak Dania menyertai kumpulannya.

Walau Dania masih belum sampai ke peringkat mewakili negara, tapi sekurang-kurangnya mungkin dia  boleh menyumbangkan sesuatu. Dania masih berkira-kira sendirian tentang tawaran Azzah itu. Disebabkan terasa bosan sendirian di dalam bilik dan tak ada apa-apa rancangan maka Dania menerima tawaran Azzah yang dikira datang tepat pada masanya itu.

Tepat pukul 5.15 petang selepas selesai solat Asar, Dania segera bersiap-siap untuk turun ke padang. Hanya dengan mengenakan t-shirt biru berlengan panjang yang mempunyai lambang ‘ADIDAS’, seluar sukan hitam berjenama ‘Cheetah Jr.’ serta bertudung hitam. Cukup ringkas, cepat dan mudah. Tak perlu nak melihat cermin terlalu lama. Dania lebih selesa berpakaian gelap ketika bersukan kerana tidak mudah kelihatan kotor.

Tidak dilupakan kasut sukan kesayangan Dania yang hampir usang itu. Kasut yang terletak kemas di atas rak kasut besi hitam di luar bilik. Kasut itulah yang telah menyebabkan mamanya berleter kerana Dania masih menyimpan kasut yang dah sememangnya uzur. Namun kasut itu tetap menjadi teman setiap setia setiap kali Dania melakukan beriadah. Tapi nampaknya Dania akhirnya perlu membeli kasut yang baru kerana yang satu ini telah haus kerana selalu sangat diasah di atas laluan terturap.

Alhamdulillah cuaca petang ini agak redup, sekurang-kurangnya Dania tak akan rentung dek panas mentari. Maklumlah, kulit Dania terlalu mudah terbakar. Kalau diletakkan tangannya di sebelah muka pasti kelihatan seperti tahi cicak. “Manalah Mak Cik Azzah ni? Tadi suruh aku tunggu kat bawah. Tapi masalahnya batang hidung dia pun aku tak nampak lagi ni. Silap hari bulan tak sempat main dah habis air satu botol aku minum nanti” Dania mengomel sendirian. 10 minit kemudian kelihatan Azzah berlari-lari anak manghampiri Dania yang berdiri macam tiang lampu di sebelah tangga aspuri. 

“Minta ampun Dania, aku terlewat sampai. Harap kau tak murka. Kena tulah aku nanti” kata Azzah sambil mengangkat kedua tangannya dengan lagak gaya sebagai dayang istana yang ketakutan. “ Banyaklah kau punya ampun. Jomlah jalan cepat. Nanti yang lain mengamuk pula sebab lama menunggu”

Di tempat yang dijanjikan, kelihatan yang lain tetap setia menunggu. Memang penyabar. Muka masing-masing dah macam udang kena panggang. Gelanggang bola jaring tersebut terletak bersebelahan dengan padang bola sepak yang dijadikan tempat latihan bola sepak bagi pelajar menengah rendah.
           
Selesai sesi warming-up, semua pemain mula mengambil posisi masing-masing. Dania pula mengambil posisi sebagai penjaring. Walaupun jaringan Dania tidaklah setajam sepakan gol David Beckham. Tapi sekurang-kurangnya, peratus untuk menyumbangkan mata bagi kumpulannya masih tetap cerah. Terasa macam banggalah pulak.
Masing-masing mula membuka langkah pencak silat dalam pertarungan. Macam nak putus nafas Dania dibuatnya, siap mandi peluh lagi. Tapi tak apa, pahlawan handalan sejati memang slealunya kena serang bertubi-tubi. Namun, Dania tetap bertahan sehingga ke akhirnya. “Yeah!”

“Wei, Intan! Baling bola tu kat aku” jerit Dania kepada penyerang sayap kanan. Nampaknya balingan bola log Intan itu cukup cantik. Lengkungan sigmoid barangkali. Akhirnya, bola yang bakal menjadi penentu johan berada di tangan Dania kini. Posisi yang cukup cantik dalam lingkungan jaringan juga memberikan Dania peluang tambahan.

Nampaknya, semua harapan bergantung kepada Dania sekarang. Tumpuan sepenuhnya  diberikan saat melambungkan bola itu kearah mulut gol. Saat bola tersebut benar-benar berapa pada mulut gol. Tiba-tiba berlaku sesuatu yang mampu membuatkan nafas Dania terhenti. Dupp!

“Dania!!! I love u !!!”

Jeritan itu berlaku tepat pada saat bola yang dilontarkan memasuki jaring. Dania terus terduduk di atas lantai. Semua mata tertumpu ke arah datangnya suara itu, kemudian pandangan mereka dialihkan kepada Dania. Saat itu, badan Dania dah beku macam ais dari kutub utara. Mata Dania sibuk melilau mencari empunya suara. Tetapi disebabkan rabun maka penglihatannya kabur. Dania segera mencapai kaca matanya di bahagian tepi gelanggang. Penglihatan Dania terkunci pada satu batang tubuh yang cukup dikenali dan sedang berdiri di tengah-tengah padang sambil tersenyum kearahnya.

“Adam!” jerit aku di dalam hati. Biar betul, tak mungkin Adam yang menjerit nama aku sebentar tadi. Gila betullah, mamat sengal ni” ucap Dania sendiri. Mahu sahaja Dania menumbuk Adam saat itu. Tapi Dania merasakan dia dah cukup malu untuk hari itu. Sejak peristiwa tersebut, ada sahaja perkara yang tak masuk akal dilakukan oleh Adam.



Friday 8 June 2012

Bantuan Anda Amat Diperlukan

Pesanan ini telah saya ambil daripada laman Facebook Alumni atau Bakal Alumni Dr. Azizan Osman.
Maka saya terpanggil untuk berkongsi bersama anda semua untuk membantu sesama manusia.



Bila saya share pasal donation, anda perhatikan like & share akan jadi sangat rendah, tak menyumbang takpe, tapi at least blh beritahu org lain yang mungkin hatinya digerakkan serta dipimpin Allah swt utk menyumbang walaupun rm1.00.


---------------



2 hours agoMuhazrol Muhamad

Salam,

Jerry maaf mengganggu, saya dengan rendah diri ingin memohon bantuan daripada pihak Richworks untuk perbelanjaan pembedahan jantung bagi anak buah saya, Nur Qaisara Binti Muinuddin, beliau dilahirkan dengan masalah Jantung yang kronik.

Semalam dah go thru, surgery, cost RM25K, ada 2 lagi surgery perlu dilalui masing2 berjumlah Rm35K dan 45K..

pihak adik saya telah berurusan dengan NSTP dalam usaha mengumpul dana tersebut, berikut adalah link berita kisah beliau.

Harap dapat perhatian daripada pihak Richworks dalam usaha kami mencari dana tersebut..

Sebarang pertanya lanjut, boleh hubungi adik saya di talian 013-2221652 Muinuddin bin Muhamad

Berikut adalah LINK tentang bayi malang tersebut.


Insyaallah dengan sedikit bantuan dari kita mungkin akan memberikan satu peluang cerah kepada bayi kecil ini. Bukankah tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Bukankah harta dan kekayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t di bumi ini untuk dikongsikan bersama. Sedikit kesyukuran kita berikan berkali ganda balasan kebaikan yang diberikan kembali kepada kita dalam pelbagai bentuk yang mungkin tidak kita sangka.

-NAA-

Thursday 7 June 2012

How to Avoid "RAPE"

Morning dear readers,

I'm just have reading yesterday THE STAR news paper 6/6/2012.
I'm feel attracted to share the post about "The never-ending pain of the rape victim".
They are just giving some tips how to avoid rape and I think I should share the info here as my community service.
-Picture just for display-

        How to Avoid RAPE

  • Avoid getting into a lift alone with strangers.
  • Avoid using lifts in secluded areas of a building.
  • Screaming for help if you are being harassed ad disturb by any strange men--usually lady can't do this maybe cause of shock, fear or threatened. But just SCREAM LOUDLY to save yourself.
  • If overpowered and pinned down by attacker, victim should use any mean necessary to break free, including scratching and biting the man
  • Lodge a police report immediately if constantly harassed and disturbed by strange men.
They also share some story regarding on rape victims' experience. You may read it here LINK

Wednesday 6 June 2012

Cerpen: Dangkalnya Kasih Mu


“Argh……!!!!” hanya bunyi erangan kesakitan itu yang mampu menggambarkan kesakitan yang dirasai oleh Pak Ngah selepas pembedahan semalam. Kaki kiri Pak Ngah terpaksa dipotong sehingga ke paras lutut kerana penyakit kencing manis yang dialaminya. Wajah tua itu benar-benar kelihatan muram dan suram. Penyakit yang dialaminya membuatkan lelaki yang berusia 53 tahun itu kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar. Kulit ditubuhnya begitu kering dan mulai berwarna kekuningan seperti semua darahnya telah disedut keluar. Tubuh yang suatu masa dulu begitu gagah memburu penjenayah, kini hanya mampu terlantar di atas katil hospital dengan wayar yang berselirat di tubuhnya.

“Assalammualaikum, Pak Ngah. Sya, mama dengan abah datang ni” aku cuba mencapai sepasang tangan milik Pak Ngah untuk bersalaman dengannya setelah bersalaman dengan Mak Cik Zainab.

”Sya...?” wajah Pak Ngah kelihatan sedikit berkerut. Barangkali cuba mencari kembali memori diriku yang bertaburan dalam ingatannya. Maklumlahlah, Pak Ngah hanya bergantung dengan ingatan dan pendengarannya bagi mengenali seseorang kerana deria penglihatannya telah hilang sejak 10 tahun yang lalu akibat katarak mata. Pak Ngah dan Mak Cik Zainab telah menikah sejak 10 tahun yang lalu semenjak kepulangan Mak Ngah ke ramatullah akibat kanser servik.
 .........................................................................................................................................

            ”Kau nak pergi mana Haizi?” soal Huzaini kepada putera sulungnya. Tangan Haizi pantas mencapai pakaiannya di dalam almari untuk disumbatkan ke dalam bagasi Polo miliknya. Hatinya mudanya benar-benar membara saat itu.

            ”Haizi nak keluar dari rumah ni abah. Abah pilih antara perempuan tu atau pun anak-anak abah. Kalau abah pilih perempuan tu Haizi keluar dari sini.” bicara Haizi dengan penuh amarah. Perasaan Huzaini saat itu benar-benar berbelah bahagi. Andai dia memilih anak-anaknya, di manakah harus dia letakkan Zainab, isterinya yang baru dinikahi? Tetapi dia tidak sanggup kehilangan anak-anaknya.

Pelbagai soalan bermain di dalam fikiran Huzaini. Marahkah anak-anaknya kerana menikahi wanita lain yang mungkin difikirkan cuba merampas tempat istimewa milik ibu mereka dahulu? Salahkah dirinya kerana mencari insan lain untuk mengisi kekosongan hati dan hidupnya yang telah ditinggalkan oleh Atiqah semenjak pulang ke rahmatullah? Apa yang diimpikan oleh jiwa Huzaini hanya mengharapkan segalaya akan kembali hidup bahagia.

Along! Along! Along!...tolong jangan tinggalkan angah dengan adik.” rayu Hazrul sambil cuba mencapai tangan Haizi yang sedang memegang bagasinya. Hani yang berusia 12 tahun itu hanya berdiri di suatu sudut ruang tamu rumah pangsa polis itu. Hani hanya mampu melihat drama yang berlansung di hadapan matanya sambil menangis.

“Biarkan saja si Haizi tu pergi kalau itu yang dia nak” tiba-tiba Zainab bersuara setelah lama mendiamkan diri melihat lakonan antara anak dan bapa itu. Setelah mendengar kata-kata ibu tirinya itu, Haizi segera berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang lagi. Bukan kerana dia tidak menyayangi adik-adiknya tetapi ego mudanya benar-benar tercabar ditambahkan lagi dengan kebenciannya yang meluap-luap buat wanita yang dirasakan telah merampaskan tempat teristimewa ibunya. Hazrul dan Hani memandang ayah mereka dan mengharapkan agar Huzaini akan menghalang Haizi meninggalkan rumah. Namun, Huzaini hanya mampu menundukkan kepalanya ke bumi, dia bagaikan telah mati kutu dan tersepit di antara segala gelora yang melanda saat itu.

Setelah meninggalkan rumah tersebut kehidupan Haizi semakin tidak teratur. Namun, dia tetap perlu meneruskan hidupnya yang masih muda. Dia cuba mencari kerja tetapi kerja yang mampu dilakukannya tidaklah sehebat mana kerana dia tidak mempunyai kelulusan yang benar-benar hebat untuk bersaing di dalam dunia global ini. Segalannya memerlukan kemahiran, kelulusan tinggi dan kepakaran yang profesional seandainya ingin bekerja dengan gaji yang tinggi. Bukan dia tidak mampu untuk mendapatkan kerja-kerja yang bergaji lumayan dalam hidupnya.

Namun itu semua adalah silap hidupnya dahulu kerana berhenti daripada melanjutkan pelajaran di sekolah sains berasrama penuh sedang dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Jika tidak pastinya sekarang dia sedang melanjutkan pelajarannya di pusat-pusat pengajian tinggi awam di Malaysia dan hanya menunggu saat untuk bergraduat. Tambahan pula, usianya baru menjangkau 20 tahun dan masih muda pastinya tidak akan mampu meraih kepercayaan untuk orang lain untuk melakukan tugas-tugas yang penuh risiko.
................................................................................................................................................

Tetapi itu semua adalah kisah yang telah berlaku 10 tahun yang lalu. Bukankah seharusnya dendam itu telah mencapai titik noktahnya. Aku hanya menuruti Mak Cik Zainab, mama dan abah memasuki lif hospital untuk menuju je tempat Pak Ngah menjalani proses dialisis. Penyakit buah pinggangnya semakin parah ditambahkan pula oleh sakit kencing manis yang dialaminya. Saat pintu lif terbuka dan aku melihat sekumpulan anak-anak muda berserta sepasang suami isteri yang telah berusia. Mereka adalah sepupu-sepupuku yang datang bersama pasangan masing-masing. Mereka berpakaian seperti manusia moden yang sudah tidak lagi mempunyai nilai-nilai ketimuran. Mak Cik Zainab hanya berlalu melepasi mereka. Tiada pun tanda-tanda mereka akan bertegur sapa.

Setibanya di sana aku hanya memerhati dari jauh proses dialisis yang dijalani oleh Pak Ngah. Andainya aku yang berada ditempatnya pastinya aku dapat merasai kesakitan yang dialami. Di tangan kanan Pak Ngah dapat kulihat banyak kesan jarum yang telah berubah menjadi parut. Parut yang kekal di badannya. Aku tahu suatu masa nanti pada saat usiaku telah lanjut pastinya aku juga akan turut melalui pengalaman yang sama. Namun, jika diizinkan Allah s.w.t, aku memohon moga aku tidak akan melaluinya.

“Bukankah lebih baik kalau Huzaini dijaga oleh anak-anaknya? Anak-anak boleh membantu di rumah pangsa polis tu” bicara seorang lelaki tua yang dipanggil Pak Muda oleh sepupuku. Sepengetahuan aku rumah pangsa polis itu sudah lama tidak didiami oleh Pak Ngah kerana Pak Ngah duduk bersama Mak Cik Zainab di rumah teres yang berhampiran rumah pangsa tersebut. Aku seakan-akan terhidu niat baik yang hanya berlandaskan kewujudan harta. Pak Muda dan isterinya Mak Limah bertindak seakan-akan menjadi batu api kepada anak beranak yang sememangnya telah mempunyai sengketa. Mereka anak-beranak saling bertelingkah dan berhujah sesama sendiri di hadapan Pak Ngah yang sedang menjalani dialisis dengan alasan untu untuk menjaga Pak Ngah. Akal aku merasakan tindakan mereka ini benar-benar tidak waras dan tidak relevan sama sekali kerana mereka hanya menambahkan tekanan kepada Pak Ngah yang sedang sakit.

Mama cuba bertindak untuk menjadi orang tengah supaya meredakan keadaan yang tegang. Manakala abah pula hanya duduk di atas pagar dan memerhati keadaan yang terjadi. Aku sememangnya maklum bahawa abah memang tidak begitu gemar untuk mencampuri urusan hidup orang lain.

“Cik Milah...Lisa bukan nak apa-apa. Lisa cuma nak abah merasa kasih sayang anak-anak. Lagipun dah lama abah terpisah dengan anak-anaknya” bicara menantu pertama Pak Ngah pada mamaku dengan keadaan yang tersedu-sedan dan berlinangan air mata.

Entah kenapa hati aku meragui keikhlasan air mata ku. Benarkah air mata itu benar-benar ikhlas untuk menyatukan kasih seorang ayah dengan anak-anaknya atau tersembunyi niat yang lain. Mungkin kerana aku juga seorang pelakon teater saat berada di universiti maka aku juga turut dapat membezakan lakonan yang benar-benar datang dari hati atau sekadar luaran bagi mengaburi pandangan manusia biasa. Jam telah menginjak kepada pukul 2.30 petang. Mama dan abah meminta diri untuk pulang. Setelah bersalaman dengan Pak Ngah dan semua yang berada di situ, aku berlalu menuruti langkah orang tuaku menuju ke kereta. Hampir 3 jam kami berada di situ, bukan berniat untuk meninggalkan Pak Ngah tetapi aku mempunyai adik-adik yang perlu diuruskan di rumah.
...................................................................................................................................................

Insiden yang berlaku pada hari itu benar-benar tersimpan dalam kotak memoriku. Memang benarlah kerana ego, manusia akan rosak. Ketamakan pada harta menyebabkan manusia sanggup meninggalkan ibu bapa sendiri walaupun mereka sedang berada dalam keuzuran. Harta menyebabkan manusia hilang kewarasan akal dan tetap berusaha untuk memilikinya. Apabila dikuasai ketamakan dunia maka manusia tidak akan pernah puas memilikinya. Baginya segala yang dimiliki itu masih tidak mencukupi walaupun telah mendapat segunung intan dan selautan emas.

Bagi aku mungkin anak-anak Pak Ngah hanya akan menyedari betapa berharganya ayah mereka, setelah ayah itu hanya menjadi jasad yang kaku di dalam tanah. Pada saat itu, pastinya tiada lagi sentuhan hangat seorang ayah kepada anak-anaknya. Tidak akan ada lagi insan yang memberi kata-kata semangat di saat kejatuhan. Tidak akan ada lagi pandangan mata yang redup milik seorang lelaki yang bergelar ayah kerana ketika itu rohnya telah pun pergi meninggalkan jasad dan hanya jantung yang sejuk tanpa degupan itu menjadi peneman jasad yang semakin reput. Aku berdoa semoga mereka tidak terlambat untuk melakukan segalanya.



Tuesday 5 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 4


Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki yang amat tidak disenangi oleh Dania. Mereka boleh dikira sebagai golongan pelajar lelaki yang terhangat di pasaran. Sentiasa sahaja menjadi rebutan gadis-gadis di sekolah. Apa yang menarik pada mereka pun Dania tak pasti. Ada sahaja yang mahu merapati mereka sama ada sebagai adik angkat, abang angkat atau yang lebih hebat lagi sebagai kekasih hati. Tetapi perasaan sebaliknya yang muncul dalam diri Dania saat dia terpandangkan wajah setiap seorang daripada mereka.Bukan perasaan kagum yang muncul dalam diri Dania tetapi dia seperti lebih layak untuk menjadi musuh ketat. Biarlah hanya Dania sebagai manusia terakhir atas muka bumi ini. Tak mungkin untuk Dania berbaik dengan musuh ketatnya itu.

“Ya Allah, kenapalah malang sangat nasib aku malam ni. Terpaksa pulak aku bertembung dengan makhluk yang paling aku benci atas muka bumi ni” kata Dania pada dirinya sendiri.

Tak berapa lama kemudian masuklah  Nashriq, Shahir,Amirul, Aizat dan Hakim ke dalam kelas 2 Efisyen yang pada asalnya hanya dihuni oleh Dania seorang sebagai tetamunya pada malam itu. Dania cuba untuk tidak mengendahkan kehadiran jejaka-jejaka yag perasan hangat itu. Bagi Dania mereka semua tidak ubah seperti ais beku di kawasan kutub utara dan tidak mungkin akan lebur untuk selama-lamanya.

Dania tetap berusaha sepenuh kudaratnya untuk memberikan fokus yang sepatutnya diberikan sepenuhnya terhadap tugasan di depan mata. Akhirnya, lengkaplah ahli kumpulan ‘Devil Group’  apabila muncul ketibaan ahli yang terakhir iaitu Adam yang hanya mengenakan jersi putih pasukan bola sepak Manchester United .Dia hanya tersenyum saat memasuki kelas tersebut.

“Suka hati koranglah nak buat apa pun. Asal jangan mengganggu ketenteraman hidup aku sudah. Kalau tidak , matilah korang semua nanti” sumpah Dania pelahan di dalam hati.
....................................................................................................................................................

Nasib baiklah mereka semua hanya melakukan urusan masing-masing. Dania begitu khusyuk untuk menghabiskan tugasannya sehingga dia terleka dan tidak sedar bahawa terdapat sepasang mata yang memerhatikan dirinya dan hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak. Tiba-tiba, kerusi di sebelah Dania yang asalnya kosong, kini diduduki oleh insan yang menjadi musuh ketat Dania iaitu Adam.

Adam tetap tersenyum memandang Dania. Senyuman yang mungkin cukup menawan bagi Adam. Namun, bagi Dania senyuman Adam itu tetap tiada maknanya dan paling menjengkelkan bagi  Dania. Dania tidak membalas walau sedikit pun senyuman dari bibir Adam itu. Tetapi Adam kelihatannya begitu setia menanti sebarang reaksi yang akan diberikan oleh Dania. Teman Adam yang lain kelihatan hanya menyambung urusan mereka dan menutup mata seperti mereka tidak melihat tindakan pelik Adam yang cuba menghampiri Dania.

“Mangkuk ni betul ke tidak? Ada litar pintas kot dalam otak mamat sengal ni. Lagi pun dia sendiri tahu yang aku dan dia memang tak pernah boleh nak berbaik dengan dia. Sejak daripada tingkatan 1 lagi” Dania mengomel dalam hati.

“Arghhh!!!” Dania semakin tak boleh nak bertahan dengan renungan mata Adam. Annoying sangat. Walaupun Adam mungkin tidak mempunyai sebarang maksud terhadap Dania dengan renungannya itu. Tetapi Dania benci. Segala yang ada pada Adam membuatkan kebencian Dania membuak-buak. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia campakkan Adam keluar dari kelas tersebut. Memang hamba Allah yang satu ni sengaja nak mengganggu ketenteraman hidup Dania.

“Wei, Adam! Kenapa dengan kau ni? Tengok aku macam tak pernah tengok pulak”soal Dania kepada Adam kerana dia tak selesa dengan pandangan mata Adam.

“Tak ada apa, Adam cuma suka tengok Dania buat kerja sekolah je. Muka tu serius betul, siap berkerut-kerut. Macam fikir masalah dunia je. Comel.” balas Adam sambil tersenyum bagaikan kerang busuk.

“Dania? Comel? Betul ke telinga aku ni atau pun salah dengar. Tak pernah ada orang lain panggil aku dengan nama Dania. Meremang bulu roma aku rasanya.Kena sampuk agaknya Si Adam ni” bicara Dania sendirian. Kau ni sengal la” balas Dania.

Apalah agaknya agenda peminat pasukan Manchester United ini agaknya? Tapi Dania malas nak berfikir sebab sekarang ni pun otaknya macam dah tepu dengan pelbagai nombor dan formula. `Sretttt.......’ Tiba-tiba bunyi kerusi diseret. Dania berpaling kekanan. Rupa-rupanya Adam telah merapatkan kerusi yang didudukinya menghampiri Dania. Sah...! mamat ni memang dah kena sampuk jin ladang getah kot”. Tindakan Adam ini benar-benar membuatkan Dania rasa lain macam dan tidak selesa. Dania terpaksa menganjakkan kerusinya menjauhi Adam. Tetapi Adam tetap mengulangi tindakannya sehingga Dania rapat ke dinding.

“Budak ni memang sah mereng malam ni. Kalau pun dia nak buang tabiat, kenapa aku pulak yang kena jadi mangsa dia. Silap hari bulan mahu dapat side-kick daripada aku nanti ”. Dania lebih rela mendiamkan diri. Bagi Dania, biarlah andai Adam memang nak jadi batu tunggul untuk memerhati. Bukan Dania yang minta, mamat Adam tu sendiri yang murah hati sangat nak datang bagi perkhidmatan percuma.

..........................................................................................................................................

5 minit...10 minit....15 minit telah berlalu. Namun, hanya sepi antara Dania dan Adam. Sesekali kedengaran bunyi musik dari walkman Dania yang dipasang agak kuat. Adam merasakan tindakannya tidak mendapat respon yang positif daripada Dania. Adam mula mencapai sebatang pen Kilometrico yang berwarna biru milik Dania dari dalam bekas pensil.

Adam yang memang cukup suka menyakat sengaja mengetuk-ngetuk pen tersebut di atas meja sehingga bunyi yang terhasil cukup untuk meragut tumpuan Dania. Eh, mamat ni. Datang tak dijemput, sengaja pulak nk cari pasal dengan aku. Nak kena penumbuk ke?” bicara Dania dalam hati. Dengan hati yang memang sedang panas membara, Dania telah menghadiahkan jelingan maut untuk Adam, musuh yang satu itu.

“Amboi, Dania! Dahsyatnya jeling Adam. Tak apalah Adam anggap tu hadiah dari Dania untuk Adam.”kata Adam tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Sangka Dania, Adam akan berputus asa. Tetapi rupanya sangkaan tersebut meleset kerana Adam yang masih tak puas mngusik, dengan beraninya telah mengalihkan kerusi yang asalnya berada di sisi ke hadapan meja Dania. Adam duduk bertentangan dengan Dania. Dia hanya menongkat dagunya sambil memerhatikan Dania. “Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini”rintih Dania dalam hati.

Adam, kau memang tak ada kerja lain ke apa? Kau ingat bila kau tengok aku macam tu aku boleh suka kat kau la ek macam budak-budak perempuan lain tu? Sorry sikit, aku lansung tak minat la dengan kau.” ucap Dania tanpa ragu-ragu.

Adam terdiam. Terkejut dengan penyataan Dania Yakin ke Dania tak akan terpikat lansung dengan Adam?” soal Adam bersahaja. Setiap gadis yang dia pikat pasti akan cair. Tapi mengapalah susah sangat untuk menundukkan ego Dania? Egonya tercabar.

Aku yakin” balas Dania, pendek.

Sunday 3 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 3


Setiap malam minggu sebegini merupakan satu ganjaran dan saat-saat yang paling ditunggu-tunggu. Tapi walaupun bercuti study tetap kena buat. Kalau tak dapat khatam buku banyak kali pun dah kira cukup asalkan pegang buku sekejap. Orang kata ambil berkat.

Disebabkan prinsip ini telah tertanam dalam diri semua pelajar MRSM Pendang, maka malam minggu pun akan ada juga pelajar yang akan pergi ke kelas sama ada untuk belajar atau menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Tetapi terdapat juga segelintir pelajar yang hanya datang ke kelas untuk mengambil buku dan kemudiannya pulang. Setelah itu, hala tuju mereka tidak dapat dikenal pasti sama ada balik ke bilik untuk menyiapkan tugasan atau pun sebaliknya dengan agenda yang tersendiri. Janji nampak bayang yang muncul ke kelas.

Di sebalik keindahan malam yang disinari cahaya sang purnama, malam minggu merupakan satu peluang untuk kebanyakan pasangan muda untuk menghabiskan masa bersama. Maklumlah pada saat ini merupakan waktu untuk belajar mengenal erti cinta dan perasaan saying dalam kehidupan.

Dari jauh, Dania yang lengkap bertudung hanya mengenakan kemeja hitam putih yang bercorak kotak-kotak kecil pemberian Mak Su serta seluar track suit yang berwarna hitam. Dia hanya berjalan sendirian menyusuri laluan balkoni ke blok akademik menengah rendah itu. Walaupun, laluan tersebut kelihatan suram dan kelam.  dengan Dania meredah laluan tersebut hanya dengan membawa bekas pensil kesayangannya. Dania begitu terleka dengan dunianya sendiri di sebalik muzik-muzik yang menjadi teman setia. Kadang-kala tubuhnya turut menari bersama bagi menghayati muzik yang didengari menerusi walkman yang diterima daripada Cik Lin sebagai hadiah UPSR. Lenggok ke kiri lenggok ke kanan. Dengan langkah yang bersahaja Dania mengaturkan langkahnya ke kelas 2 Efisyen yang terletak di bahagian paling hujung tingkat 2.

“Eh, budak-budak lain tak datang kelas ke malam ni?” bicara Dania dalam hati dengan wajah yang sedikit berkerut. “Hehe…bagus juga dia orang tak datang kelas malam ni. Aman sikit dunia aku.”kata Dania perlahan sambil mengukir senyuman yang senget sebelah. Dunia ini ana yang punya.

Begitu asyik menghayati lagu yang berkumandang sambil turut menari sama mengikut rentak lagu December nyanyian Linking Park. Kalau orang yang tak kenal siapa Dania pasti akan menganggapnya pelik. Dania lebih senang begini kerana dia tidak akan merasakan masa yang berlalu ketika menghabiskan tugasan. Ketika sedang duduk di  barisan hadapan berhampiran pintu masuk, Dania terlihat sesuatu yang paling dia benci.