Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Friday 15 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 6


Keadaan ladang getah yang sedang menguning daunnya mula bertukar wanrna. Dania hanya berjalan-jalan menyusuri pohon-pohon getah sambil mengutip biji-biji getah yang berguguran. Situasi ini mengembalikan memoru Dania kepada filem Mohabbatein yang terkenal dengan simbol daun kuning yang berguguran. Dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Aiswarya Rai. Untuk seketika Dania merasakan dirinya seperti menjadi sebahagian daripada filem tersebut.

Setelah agak banyak biji getah yang dikumpulkan di dalam tin susu yang kosong, Dania berjalan menuju ke kolan ikan berhampiran pondok pengawal. Dia lebih tenang di situ sambil mencari ilham dan jalan penyelesaian untuk masalah yang melandanya. Kolam ikan itu telah menjadi tempat dia menghabiskan masa sejak dari tingkatan 1  lagi. Tempat itu telah menyimpan seribu kenangan dan menyaksikan jatuh dan bangun hidup Dania di MRSM Pendang.

Begitu tenang sekali dirasakan ketika memandang kolam yang dilitupi oleh pokok teratai yang tumbuh meliar. Dania hanya memerhati kolam tersebut sambil mencampakkan satu per satu biji getah yang dikumpulkan tadi. Bagi Dania setiap satu biji getah yang dicampakkan itu melambang masalah yang mengganggu hidupnya. Bukan beerti dia ingin mengelakkan diri dari masalah tersebut tetapi cuba mencari sedikit kekuatan yang tersisa untuk menyelesaikannya. Mungkin ini akan meringankan sedikit beban yang tanggung oleh Dania.
Sejak dari dulu lagi Dania sememangnya cukup sukar untuk berkongsi masalah dan perasaan dengan orang. Bagi Dania terlalu sukar untuk dia mempercayai orang lain selain dirinya sendiri. Dania merasakan dia perlu menjadi teguh dan tabah kerana dia perlu menjadi contoh dan pelindung untuk adik-adiknya pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment