Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Wednesday 26 September 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 20


“Nampaknya flight Adam dah nak berlepas. Adam perlu masuk sekarang” ucap Adam.

Datin Marziah meleraikan pelukannya pada Adam. Adam mencapai beg sandang milik yang terletak di atas kerusi dan perlahan-lahan berjalan menuju ke balai berlepas sambil melambaikan tangan dan menatap wajah setiap ahli keluarganya untuk disisipkan dalam memori ingatannya sebagai pemberi semangat untuk berjaya. Hazrina dan Halina yang merupakan kakak kepada Adam juga merasakan kesedihan di dalam hati mereka untuk berpisah dengan adik bongsu mereka keluar negara.

Mata Adam melilau mencari tempat duduknya yang bernombor 11A sambil kakinya melangkah perlahan menyusuri lorong kecil itu. Setelah beberapa minit, Adam bertemu dengan teman duduknya bagi sepanjang penerbangan itu. Adam duduk bersebelahan teman sekolejnya, Irfan. Irfan akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Manchester. Manakala Adam pula dalam bidang kejuruteraan kimia di University College of London. Sebelum pesawat MAS 3401 berlepas, beberapa orang pramugara dan pramugari berdiri di lorong tengah untuk memberikan penerangan berkaitan keselamatan bagi sepanjang tempoh penerbangan.

Ladies and gantlemen, please fastern your seat belt. We will depart within 10 minutes. Thank you for choosing Malaysian Airlines. Your safety is our priority” ucap kapten melalui pembesar suara.

Setelah pengumuman dibuat, isyarat lampu tali kalendar telah dipasang. Menandakan setiap penumpang harus berada di tempat duduk masing-masing. Selepas kapal terbang berada dalam keadaan yang stabil dan selamat, barulah isyarat tali pinggang kalendar dipadamkan. Adam mencapai sesuatu di dalam beg galasnya, sebuah novel yang bertajuk ‘The Gold Blood’ hasil tulisan Heather Farway dikeluarkan untuk membunuh kebosanannya bagi sepanjang penerbangan. Dia lebih berminat membaca novel yang berunsurkan mistik dan penyiasatan.

Entah berapa lama dia membaca novel tersebut tanpa sedar pandangan matanya semakin kabur. Beberapa minit kemudian Adam terlena dan hanya hembusan nafasnya sahaja yang kedengaran. Tubuhnya kini berbalut selimut berwarna hijau lumut yang diminta daripada pramugari sebentar tadi bagi menangkis kesejukan penghawa dingin.

Ditambahkan pula dengan kesejukan malam di latitud yang tinggi, benar-benar mencengkam sehingga ke tulangnya. Pasti Kota London telah menanti dengan seribu satu kejutan buat Adam. Perjalanan selama 13 jam itu benar-benar membuatkan Adam terbuai dengan lena yang panjang.

Tuesday 25 September 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 19


Lapangan terbang KLIA kelihatan padat dengan kehadiran manusia yang pelbagai rupa dan warna kulit. Ditambah lagi kehadiran kumpulan pelajar-pelajar Kolej MARA Banting yang akan berlepas ke kota London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengkhususan masing-masing. Masing-masing begitu segak mengenakan sepasang ‘blazzer’ hitam dikenakan bersama pin bendera malaysia yang disematkan di dada mereka.

“Adam, selepas sampai sana nanti kena pandai-pandai jaga diri. Belajar betul-betul. Solat jangan tinggal, jaga akhlak dan sentiasa ingat Allah s.w.t” pesan Dato’ Shukri kepada putera tunggalnya.

“Kalau ada apa-apa masalah jangan lupa beritahu mama dan papa” tambah Datin Marziah.

“Baiklah mama, papa. Insyaallah Adam akan sentiasa ingat pesanan tu. Mama dan papa pun perlu jaga diri elok-elok. Jangan selalu rindukan Adam. Adam akan selalu call rumah nanti” ucap Adam untuk menenangkan hati mama dan papanya.

Sedih rasa hati mereka untuk melepaskan Adam pergi. Tetapi mereka harus merelakan pemergian Adam kerana anaknya itu pergi bagi menuntut ilmu di negara asing untuk dibawa pulang ke Malaysia demi membangunkan negara. Ketika mereka cuba menahan hiba di dalam jiwa masing-masing. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh pengumuman bagi penumpang penerbangan ke London.

 ‘ Perhatian kepada penumpang pesawat MAS 3401 penerbangan ke Lapangan Terbang Haethrow, London. Pesawat akan berlepas selepas setengah jam. Diharapkan semua penumpang telah berada di atas pesawat untuk penerbangan seterusya’

Sunday 23 September 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 18


Seiring dengan jam dinding yang berdetik, kelihatan seorang pemuda yang tinggi lampai dan bertubuh sasa sedang mengemaskan beg pakaiannya. Begitu banyak pakaian yang dimasukkan ke dalam luggage miliknya seperti mahu pergi ke suatu tempat yang jauh untuk satu tempoh masa yang lama. Baru semalam majlis doa selamat telah dilakukan bagi mendoakan kesejahteraan setiap ahli keluarga dalam rumah tersebut.

Kepenatan dan lenguh di setiap sendi badannya masih lagi bersisa. Namun, Adam mengerti bahawa segalanya perlu dilakukan dengan segera kerana masa telah semakin suntuk. Sekiranya tidak diuruskan dengan sebaiknya mungkin akan mengundang masalah yang tidak diingini.

“Adam….” panggil Datin Marziah

“Ya, mama. Masuklah, Adam tengah mengemas ni.”ucap Adam pada insan yang berada di luar.

“Adam dah siap mengemas semua barang ke? Flight Adam pukul 9.30 malam kan?” tanya Datin Marziah kepada anak terunanya.

“Haah.... flight Adam pukul 9.30 malam. Adam dah nak siap kemas semuanya ada sikit lagi je yang tinggal” ucap Adam.

“Baguslah kalau macam tu. Pastikan dokumen-dokumen penting dah simpan dengan baik. Nanti susah kalau ada yang kurang. Esok kita akan bertolak awal sebab takut jalan sesak sebab mungkin nanti bertembung dengan orang-orang yang baru balik kerja.”terang Datin Marziah.

“Baik, mama”balas Adam dalam nada yang menurut sahaja kata mamanya.

Setelah selesai mengemas, Adam hanya duduk di balkoni biliknya sambil melihat bintang-bintang yang bersinar. Bintang-bintang itu kelihatan seperti butiran beribu berlian yang terapung di langit malam. Segalanya begitu tenang dengan bertemankan angin malam yang bertiup sempoi-sempoi bahasa.

Telefon bimbit Samsung berwarna hitam milik Adam terletak kemas di atas mejanya. Telefon tersebut dicapai perlahan dan aplikasi mesej pesanan ringkas dibuka. Satu demi satu ucapan selamat yang diterima daripada teman-teman rapat dibaca oleh Adam dengan penuh perhatian. Namun, mesej pesanan ringkas yang diterima daripada Dania beberapa malam yang lalu masih berlegar di dalam kotak fikiran Adam. Pesanan yang ringkas tetapi begitu terkesan di hati Adam


Buat Adam;
Masa telah berlalu untuk bertahun-tahun lamanya dan keadaan sentiasa berubah. Namun, hati ini masih  merasakan bahawa masih ada rasa sayang yang tersimpan untukmu. Moga kau akan sentiasa selamat dan berjaya di rantauan. Doaku akan sentiasa mengiringimu.

                                                                                                Daripada Dania

Setelah bertahun-tahun terputus hubungan semenjak tamat tingkatan 3, tiba-tiba gadis ini muncul kembali dalam hidupnya demi untuk meluahkan rahsia hati yang terpendam. Tindakan tersebut pastinya telah mengundang kejutan dalam jiwa Adam. Dalam keadaan Adam terleka berfikir tanpa disedari dia terlena sehingga dinihari. Mungkinkah rasa hati yang sentiasa menafikan perasaan itu akan berubah suatu hari nanti. Adam sendiri sudah tidak begitu pasti dengan hati miliknya.

Saturday 22 September 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 17


Dania kembali lagi ke tanah jelapang padi yang luas saujana mata memandang itu untuk meneruskan kembali perjuangan dalam kehidupan. Dalam tempoh sebulan lebih lagi pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi tingkatan 1 dan 4 akan bermula. Pelajar tingkatan 4 akan mendaftar lebih awal berbanding pelajar tingkatan 1. Pastinya bilangan mereka akan melebihi pelajar senior kerana ramai di antara pelajar senior telah berpindah ke MRSM lain. Tidak kurang juga ada telah tersingkir daripada sistem pendidikan MARA kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat minima yang dikehendaki.

Pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 telah berlalu semenjak 2 minggu yang lepas. Bila sahaja bermula sesi pendaftaran yang baru, pasti pelbagai ragam dapat dilihat. Bagi adik-adik di tingkatan 1 sememangnya cukup terkenal dan akrab sekali dengan penyakit home-sick atau dengan nama lain ialah penyakit rindukan rumah. Biarpun begitu, kedatangan mereka sebagai ahli baru di dalam komuniti tetap disambut baik. Namun, keadaan yang berbeza dapat dilihat apabila kedatangan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang kurang disambut mesra. Barangkali memang beginilah keadaannya apabila pelajar  MARA mula bergabung dengan pelajar-pelajar daripada kementerian. Kelihatannya umpama menerima saudara tiri yang ingin meragut kasih.

Jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, tapi entah kenapa mata Dania masih juga tak mahu lena. Dania cuba berjalan-jalan dan mengambil angin malam di tepi beranda tingkat empat hostel yang duduki. Dania merasakan dirinya sudah cukup garang dan amat ditakuti oleh orang lain. Di rumah pun adik-adik Dania takut pada Dania. Tetapi entah kenapa adik-adik tingkatan 1 yang mulanya takutkan Dia tetapi kini ramai pula yang akan datang mengadu nasib kepada Dania sekiranya terdapat masalah.


Dalam tiga minggu lagi peperiksaan semester 1 akan bermula. Kelihatan ramai pelajar yang mula bertungkus lumus untuk mengkhatamkan pembacaan bagi setiap subjek.Terutamanya pelajar tingkatan 5 kerana pada tahun ini mereka akan menduduki Peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), termasuklah Dania yang turut menduduki peperiksaan SPM. Perpustakaan pula kelihatan sentiasa penuh bagi pelajar yang ingin mengulangkaji dalam keadaan yang aman dan tenang dengan kemudahan bagi mendapatkan buku-buku yang dikehendaki.

“Dania... kau dah mula buat ulang kaji ke?” tanya Faziana yang merupakan teman sekelas Dania.

“Belum lagilah Faz.....tak pe ada masa lagi kan. Hehehe...” balas Dania kepada pertanyaan Faz. Begitulah Dania, jarang benar mahu melakukan persediaan dengan awal. Namun, sukar untuk mengubah sesuatu yang sememangnya telah menjadi darah dagingnya. Bagi Dania tidak mengapa untuk melakukan begitu, asalkan segala perkara yang perlu diselesaikan itu dilakukan dengan sepenuh hati. Itulah kelemahan yang ada pada Dania.

Tuesday 18 September 2012

Andai Ku Bercinta Lagi: 16


Tahun 2004 telah menjelang tiba. Pada tahun ini, bermulalah perjalanan hidup Dania ke dunia tingkatan 4 dan bakal menghadapi SPM. Dunia ini tidak banyak bezanya dengan keadaan Dania sebelum ini ketika di menengah rendah. Namun, saat ini boleh dikatakan bahawa dunia yang bakal dihadapi nanti merupakan zaman untuk Dania menginjak ke alam dewasa. Tetapi permasalahan yang membelenggu fikiran Dania adalah sama ada ingin terus kekal di MRSM Pendang atau pun bertukar ke MRSM Serting?

“Nia....Nia nak pilih belajar kat mana ni? Mama dan abah akan setuju dengan apa sahaja pilihan Dania. Tapi kalau boleh biarlah dekat dengan rumah. Kalau ada apa-apa masalah senanglah mama dengan abah nak datang” bicara Puan Norish yang sememangnya lemah lembut. Itulah mama dan abah yang amat disayangi Dania. Mereka sentiasa akan mengutamakan pendapat Dania sebelum membuat sebarang keputusan.

“Nantilah, Nia fikirkan dulu. Nia perlukan masa untuk berfikir sendirian. Esok atau lusa Nia akan berikan jawapannya pada mama dan abah” ucap Dania keadaan fikiran yang kusut.  Fikiran Dania yang sememangnya sedang berkecamuk telah menyebabkan segalanya mula berbelah bagi. Dua pilihan yang berada di tangan Dania memerlukan dia untuk melakukan pertimbangan yang sewajarnya. Dua tempat yang berbeza, memberikan jalan kehidupan yang berlainan untuk Dania.

MRSM Serting merupakan satu tempat yang baru bagi Dania. Tapi itulah permintaan mama dan abah dan mungkin membuatkan Dania memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. MRSM Pendang pula telah hampir menjadi sebahagian daripada hidup Dania. Dia benar-benar selesa berada di sana, pelbagai kenangan hidupnya tersimpan di sana.

Dania hanya mampu bermonolog sendirian bagi mencari jawapan yang pasti. Berharap moga Allah S.W.T akan membantu dirinya untuk memilih yang terbaik dalam hidup. Segalanya mula berperang di dalam diri Dania sendiri. Malam itu Dania lebih senang bersendirian merenung bintang-bintang malam dari meja belajar yang terletak berhampiran tingkap.

Tangannya mula membelek-belek simpanan buku-buku agama, doa-doa harian serta solat-solat sunat yang tersusun rapi di rak buku kayu. Akhirnya, mata Dania terpaku pada sesuatu yang cukup menarik perhatiannya. Tangan Dania mula berhenti menyelak pada satu muka surat yang tertulis perkataan ‘Solat Istikharah’. Mungkin istikharah ialah jawapan bagi persoalan di fikiran Dania kini. Mungkin juga inilah jalan yang Allah S.W.T ingin tunjukkan kepadanya.

Usai solat Isyak Dania hanya duduk berteleku sebentar di atas sejadah. Dia benar-benar mengharapkan semoga doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T serta dapat memilih yang terbaik. Dania memulakan solat Istikharah dalam keadaan yang begitu tenang dan sunyi. Ketika setiap mata insan yang menghuni di dalam rumah kecil itu sedang nyenyak diulit mimpi indah. Hanya sesekali bunyi unggas cuba mencelah di balik keheningan malam yang dingin. Dalam doanya yang terakhir, Dania titipkan harapan semoga Allah S.W.T akan membantu dirinya. Saat itu, Dania benar-benar terasa begitu kerdil sekali.

‘Kembalilah kepada kekasih pertama’. Kedengaran seperti suatu gurauan tetapi tngkapan tersebut benar-benar memberikan kesan mendalam kepada memori Dania semenjak bangkit dari tidur yang lena.