Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Tuesday, 25 September 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 19


Lapangan terbang KLIA kelihatan padat dengan kehadiran manusia yang pelbagai rupa dan warna kulit. Ditambah lagi kehadiran kumpulan pelajar-pelajar Kolej MARA Banting yang akan berlepas ke kota London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengkhususan masing-masing. Masing-masing begitu segak mengenakan sepasang ‘blazzer’ hitam dikenakan bersama pin bendera malaysia yang disematkan di dada mereka.

“Adam, selepas sampai sana nanti kena pandai-pandai jaga diri. Belajar betul-betul. Solat jangan tinggal, jaga akhlak dan sentiasa ingat Allah s.w.t” pesan Dato’ Shukri kepada putera tunggalnya.

“Kalau ada apa-apa masalah jangan lupa beritahu mama dan papa” tambah Datin Marziah.

“Baiklah mama, papa. Insyaallah Adam akan sentiasa ingat pesanan tu. Mama dan papa pun perlu jaga diri elok-elok. Jangan selalu rindukan Adam. Adam akan selalu call rumah nanti” ucap Adam untuk menenangkan hati mama dan papanya.

Sedih rasa hati mereka untuk melepaskan Adam pergi. Tetapi mereka harus merelakan pemergian Adam kerana anaknya itu pergi bagi menuntut ilmu di negara asing untuk dibawa pulang ke Malaysia demi membangunkan negara. Ketika mereka cuba menahan hiba di dalam jiwa masing-masing. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh pengumuman bagi penumpang penerbangan ke London.

 ‘ Perhatian kepada penumpang pesawat MAS 3401 penerbangan ke Lapangan Terbang Haethrow, London. Pesawat akan berlepas selepas setengah jam. Diharapkan semua penumpang telah berada di atas pesawat untuk penerbangan seterusya’

No comments:

Post a Comment