Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Wednesday, 26 September 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 20


“Nampaknya flight Adam dah nak berlepas. Adam perlu masuk sekarang” ucap Adam.

Datin Marziah meleraikan pelukannya pada Adam. Adam mencapai beg sandang milik yang terletak di atas kerusi dan perlahan-lahan berjalan menuju ke balai berlepas sambil melambaikan tangan dan menatap wajah setiap ahli keluarganya untuk disisipkan dalam memori ingatannya sebagai pemberi semangat untuk berjaya. Hazrina dan Halina yang merupakan kakak kepada Adam juga merasakan kesedihan di dalam hati mereka untuk berpisah dengan adik bongsu mereka keluar negara.

Mata Adam melilau mencari tempat duduknya yang bernombor 11A sambil kakinya melangkah perlahan menyusuri lorong kecil itu. Setelah beberapa minit, Adam bertemu dengan teman duduknya bagi sepanjang penerbangan itu. Adam duduk bersebelahan teman sekolejnya, Irfan. Irfan akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Manchester. Manakala Adam pula dalam bidang kejuruteraan kimia di University College of London. Sebelum pesawat MAS 3401 berlepas, beberapa orang pramugara dan pramugari berdiri di lorong tengah untuk memberikan penerangan berkaitan keselamatan bagi sepanjang tempoh penerbangan.

Ladies and gantlemen, please fastern your seat belt. We will depart within 10 minutes. Thank you for choosing Malaysian Airlines. Your safety is our priority” ucap kapten melalui pembesar suara.

Setelah pengumuman dibuat, isyarat lampu tali kalendar telah dipasang. Menandakan setiap penumpang harus berada di tempat duduk masing-masing. Selepas kapal terbang berada dalam keadaan yang stabil dan selamat, barulah isyarat tali pinggang kalendar dipadamkan. Adam mencapai sesuatu di dalam beg galasnya, sebuah novel yang bertajuk ‘The Gold Blood’ hasil tulisan Heather Farway dikeluarkan untuk membunuh kebosanannya bagi sepanjang penerbangan. Dia lebih berminat membaca novel yang berunsurkan mistik dan penyiasatan.

Entah berapa lama dia membaca novel tersebut tanpa sedar pandangan matanya semakin kabur. Beberapa minit kemudian Adam terlena dan hanya hembusan nafasnya sahaja yang kedengaran. Tubuhnya kini berbalut selimut berwarna hijau lumut yang diminta daripada pramugari sebentar tadi bagi menangkis kesejukan penghawa dingin.

Ditambahkan pula dengan kesejukan malam di latitud yang tinggi, benar-benar mencengkam sehingga ke tulangnya. Pasti Kota London telah menanti dengan seribu satu kejutan buat Adam. Perjalanan selama 13 jam itu benar-benar membuatkan Adam terbuai dengan lena yang panjang.

No comments:

Post a Comment