Tahun
2009 mula menjengah. “Rey…tolong bagi aku multiparameter tu. Aku nak measure temperature, TSS dan light intensity kat kawasan hulu tu” ucap Dania
“Wei,
hati-hati sikit Dania. Tempat tu bahaya sikit sebab banyak batu licin” nasihat
Rey pada Dania yang nampak begitu leka untuk mengambil ukuran parameter air di
kawasan tersebut.
“Sayang
juga kau kat aku ek? Aku kan adik kesayangan kau. Hahahaha....” kata Dania.
“Mestilah
aku sayang kawan beb” balas Rey
Dania
hanya ketawa mendengar kata-kata Rey itu. Namun, hubungan Dania, Yaya, Huda,
Cimoy, Rey, Jaja, Jue danTie sememangnya telah rapat semenjak dari semester dua
tahun pertama mereka di Universiti Malaysia Terengganu. Mereka berlapan
sentiasa sahaja melakukan kerja berkumpulan bersama-sama. Bagi mereka banyak
rahsia dan masalah sentiasa dikongsi bersama. Ungkapan yang mengambarkan
persahabatan yang ikhlas di antara mereka sentiasa membasahi bibir.
Kewujudan
mereka sebagai lapan individu telah menyebabkan tertubuhnya kumpulan ORCA.
Kumpulan ORCA adalah antara kumpulan yang agak terkenal di dalam program
Sarjana Muda Sains Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti. Tanyakan
sahaja tentang kumpulan ORCA pastinya akan ada insan yang mengenali mereka.
“Yaya...Jue...!
Jom teman aku ambil data kat kawasan hulu” jerit Dania pada mereka berdua.
“Okey!”
balas mereka serentak.
Dania,
Jue dan Yaya bergerak ke kawasan hulu sungai dengan membawa segala alatan untuk
mengambil data. Manakala yang selebihnya meneruskan kerja mereka di kawasan
tepi sungai untuk menguji sampel air dan mengambil ukuran sungai. Mereka
sememangnya sentiasa melakukan kerja-kerja yang telah dibahagikan secara adil
bagi memudahkan urusan menyiapkan tugasan tersebut.
No comments:
Post a Comment