Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Friday 30 November 2012

Andai Ku Bercinta Lagi: 24


Rumah sewa Mok Nek begitu meriah dengan gelak tawa pada malam minggu seperti ini. Kelihatan empat orang tetamu yang tidak asing lagi di rumah itu datang bertandang. Barangkali segala tabiat ini telah menjadi kebiasaan bermula dari awal tahun dua di universiti. Sekiranya tiada tugasan untuk disiapkan maka perbualan dan gurau senda akan menghiasi pertemuan ini.

“Wei, next weekend aku tak boleh nak join korang pergi bandar” ucap Dania.

“Apsal pula?” tanya Yaya.

“Aku nak kena pergi diving dekat Pulau Bidong sebab ada ekspedisi nak ambil sampel sponge untuk projek aku bagi produk anti-kanser” jawab Dania kembali.

Bestnya...nak ikut boleh?” soal Cimoy.

“Hehehe...pergi ambil lesen SCUBA dulu. Aku tak nak tengok ada ikan duyung yang tersesat pula nanti” balas Dania pada Cimoy.

“Ala...kalau tersesat pun apa salahnya. Aku pergilah cari duyung jantan untuk selamatkan aku” kata Cimoy sambil kedua-dua tangannya didayungkan kehadapan seperti sedang berenang dengan penuh semangat.

“ Adoi !”tangan Cimoy memegang belakang kepalanya yang terhantuk di meja.

Suasana yang sebentar tadi agak tenang kini telah bertukar gamat kerana dengan gelak tawa mereka berlapan yang ceria dan riang.

“Itulah, berenang jauh sangat sampai terlanggar batu karang. Nasib baiklah tak karam” kata Tie pada Cimoy.

“Dania...” Dania memandang pada suara yang memanggil namanya.

“Berapa ramai yang pergi diving nanti?” soal Jaja.

“Erm...yang bertolak dari UMT ada lapan orang. Tapi Prof. Nahar ada cakap akan ada lagi empat orang divers tambahan dari tempat lain yang akan join sekali nanti. Jadi semua jumlah penyelam ada dalam 12 orang semuanya” terang Dania.

Thursday 29 November 2012

Andai Ku Bercinta Lagi: 23


“Kau masih rindukan dia?” tanya Cimoy.

Dania hanya diam. Tiada jawapan yang terlahir dari bibir yang tertutup rapat itu. Suasana menjadi sepi seketika. Keriuhan insan lain yang berada di kafetaria bagaikan tenggelam dalam lamunan Dania.
Adam...
Untuk siapakah sajak ini kau tujukan? Pasti beruntungnya insan itu andai mengetahui betapa kau benar-benar menyerahkan hatimu padanya dengan setulus hati. Namun, sesungguhnya aku yakin bahawa aku bukanlah insan yang bertuah itu.

“Ya, aku rindukan Adam dan aku cintakan dia. Cuma aku belum mendapatkan kepastian daripada hatinya” bisik Dania dalam hati. Bukan tiada insan yang cuba mengetuk pintu hati Dania. Namun, hanya hati itu yang masih belum terbuka dan bersedia untuk menerima cinta yang lain.

Wednesday 28 November 2012

Andai Ku Bercinta Lagi: 22


Malam minggu begini adalah waktu yang paling ideal untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Semua ahli kumpulan ORCA telah berkumpul di kawasan lapang kafetaria hostel untuk menyiapkan laporan tugasan di Lata Tembakah. Kawasan kafetaria selalunya kelihatan lengang.

Namun, pada malam minggu kawasan tersebut bagaikan berpesta dengan pelajar-pelajar yang mahu menyiapkan tugasan atau pun untuk melayari internet kerana kawasan lingkungan internet hanya dihadkan di sekitar kawasan kafetaria supaya pelajar tidak akan terleka dengan kemudahan yang disediakan sehingga terabai pelajaran.

“Huda...bahagian Huda dengan Tie dah siap ke? Saya nak bagi pada Yaya dan Dania untuk dicantumkan dan edit sekali” kata Jaja.

“Belum lagi. Ada lagi sikit je” ucap Huda.
“Kejap lagi siaplah. Jue, Cimoy dan Tie dah siap ke?” tanya Tie.
“Dah...” jawab Jue, Cimoy dan Rey serentak.

Suasana agak riuh sebentar. Barangkali kerana masing-masing berkobar-kobar untuk menyiapkan tugasan. Namun, Dania hanya mendiamkan diri kerana jiwanya seperti tiada di situ. Dania hanya duduk di kerusi sambil memerhatikan skrin laptop kesayangannya yang berjenama TOSHIBA Satellite. Itulah teman setia Dania semenjak dari Kolej Matrikulasi Melaka selain MP3 yang akan dibawa ke mana sahaja

“Dania, ini part aku dan Jue” kata Cimoy.

Dania hanya diam. Tiada kata-kata balasan yang keluar dari bibir Dania. Tubuh tersebut juga menjadi semakin  kaku dan beku.

“Dania...” panggil Cimoy sekali lagi.

Air mata yang  ditahan sejak tadi akhirnya mengalir keluar membasahi pipi Dania. Setitis demi setitis air mata yang mengalir bagaikan tidak akan berhenti.

“Dania...kenapa  ni?” tanya Yaya.

Kini tujuh pasang mata yang lain sedang memerhatikan tepat ke arah skrin laptop Dania melihat blog penulisan milik Adam.

~This One Is For You~

I don’t know if you’re reading this.
But if you do, I want you to know something.
It started with a simple hangout.
Of magnums and rains.
It was destined.
I, YOU.US
As time flies by.
As heart grew fonder.
As feeling roots deeper.
We learn to cherish.
We learn to appreciate.
We learn to love.

Somehow along the way.
We faced barriers, of might and may.
Sometimes we prevail, sometimes we perish.
But for this love, there’ll be no finish.
I’m sorry for the tears.
I’m sorry for the disappointment.
But I’ve learned my mistakes.
I’m trying to be someone you can be proud of and to count on.

I’ll stay.
And will always be with you.
To whatever ends.

To love in London

~Adam Zachary~

Friday 16 November 2012

PROMOSI NOVEL (ANDAIKU BERCINTA LAGI) 50%

Dapatkan voucher promosi untuk novel digital terbaru Online Novel sebanyak 50%

Andai Ku Bercinta Lagi

Hantarkan (NAMA) (ALAMAT eMAIL) (NO. TEL) AKBL di;

onlinenovel2u@gmail.com


Diskaun 
50%

(Tawaran hanya dibuka pada waktu terhad)

Andai Ku Bercinta Lagi : 21


Tahun 2009 mula menjengah. “Rey…tolong bagi aku multiparameter tu. Aku nak measure temperature, TSS dan light intensity kat kawasan hulu tu” ucap Dania

“Wei, hati-hati sikit Dania. Tempat tu bahaya sikit sebab banyak batu licin” nasihat Rey pada Dania yang nampak begitu leka untuk mengambil ukuran parameter air di kawasan tersebut.

“Sayang juga kau kat aku ek? Aku kan adik kesayangan kau. Hahahaha....” kata Dania.

“Mestilah aku sayang kawan beb” balas Rey

Dania hanya ketawa mendengar kata-kata Rey itu. Namun, hubungan Dania, Yaya, Huda, Cimoy, Rey, Jaja, Jue danTie sememangnya telah rapat semenjak dari semester dua tahun pertama mereka di Universiti Malaysia Terengganu. Mereka berlapan sentiasa sahaja melakukan kerja berkumpulan bersama-sama. Bagi mereka banyak rahsia dan masalah sentiasa dikongsi bersama. Ungkapan yang mengambarkan persahabatan yang ikhlas di antara mereka sentiasa membasahi bibir.

Kewujudan mereka sebagai lapan individu telah menyebabkan tertubuhnya kumpulan ORCA. Kumpulan ORCA adalah antara kumpulan yang agak terkenal di dalam program Sarjana Muda Sains Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti. Tanyakan sahaja tentang kumpulan ORCA pastinya akan ada insan yang mengenali mereka.

“Yaya...Jue...! Jom teman aku ambil data kat kawasan hulu” jerit Dania pada mereka berdua.

“Okey!” balas mereka serentak.

Dania, Jue dan Yaya bergerak ke kawasan hulu sungai dengan membawa segala alatan untuk mengambil data. Manakala yang selebihnya meneruskan kerja mereka di kawasan tepi sungai untuk menguji sampel air dan mengambil ukuran sungai. Mereka sememangnya sentiasa melakukan kerja-kerja yang telah dibahagikan secara adil bagi memudahkan urusan menyiapkan tugasan tersebut.