“Kau masih rindukan dia?”
tanya Cimoy.
Dania hanya diam. Tiada
jawapan yang terlahir dari bibir yang tertutup rapat itu. Suasana menjadi sepi
seketika. Keriuhan insan lain yang berada di kafetaria bagaikan tenggelam dalam
lamunan Dania.
Adam...
Untuk
siapakah sajak ini kau tujukan? Pasti beruntungnya insan itu andai mengetahui
betapa kau benar-benar menyerahkan hatimu padanya dengan setulus hati. Namun,
sesungguhnya aku yakin bahawa aku bukanlah insan yang bertuah itu.
“Ya, aku rindukan Adam dan aku cintakan dia. Cuma aku belum mendapatkan
kepastian daripada hatinya” bisik Dania dalam hati. Bukan tiada insan yang cuba
mengetuk pintu hati Dania. Namun, hanya hati itu yang masih belum terbuka dan
bersedia untuk menerima cinta yang lain.
No comments:
Post a Comment