Malam minggu begini adalah waktu yang paling ideal untuk menyiapkan segala
tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Semua ahli kumpulan ORCA telah
berkumpul di kawasan lapang kafetaria hostel untuk menyiapkan laporan tugasan
di Lata Tembakah. Kawasan kafetaria selalunya kelihatan lengang.
Namun, pada malam minggu kawasan tersebut bagaikan berpesta dengan
pelajar-pelajar yang mahu menyiapkan tugasan atau pun untuk melayari internet
kerana kawasan lingkungan internet hanya dihadkan di sekitar kawasan kafetaria
supaya pelajar tidak akan terleka dengan kemudahan yang disediakan sehingga
terabai pelajaran.
“Huda...bahagian Huda dengan Tie dah siap ke? Saya nak bagi pada Yaya dan Dania untuk
dicantumkan dan edit sekali” kata Jaja.
“Belum lagi. Ada lagi sikit je” ucap Huda.
“Kejap lagi siaplah. Jue, Cimoy dan Tie dah siap ke?” tanya Tie.
“Dah...” jawab Jue, Cimoy dan Rey serentak.
Suasana agak riuh sebentar. Barangkali kerana masing-masing berkobar-kobar
untuk menyiapkan tugasan. Namun, Dania hanya mendiamkan diri kerana jiwanya seperti
tiada di situ. Dania hanya duduk di kerusi sambil memerhatikan skrin laptop kesayangannya yang berjenama
TOSHIBA Satellite. Itulah teman setia Dania semenjak dari Kolej Matrikulasi
Melaka selain MP3 yang akan dibawa ke mana sahaja
“Dania, ini part aku dan Jue”
kata Cimoy.
Dania hanya diam. Tiada kata-kata balasan yang keluar dari bibir Dania.
Tubuh tersebut juga menjadi semakin kaku
dan beku.
“Dania...” panggil Cimoy sekali lagi.
Air mata yang ditahan sejak tadi
akhirnya mengalir keluar membasahi pipi Dania. Setitis demi setitis air mata
yang mengalir bagaikan tidak akan berhenti.
“Dania...kenapa ni?” tanya Yaya.
Kini tujuh pasang mata yang lain sedang memerhatikan tepat ke arah skrin laptop Dania melihat blog penulisan
milik Adam.
~This
One Is For You~
I don’t know if you’re reading this.
But if you do, I want you to know something.
It started with a simple hangout.
Of magnums and rains.
It was destined.
I, YOU.US
As time flies by.
As heart grew fonder.
As feeling roots deeper.
We learn to cherish.
We learn to appreciate.
We learn to love.
Somehow along the way.
We faced barriers, of might and may.
Sometimes we prevail, sometimes we perish.
But for this love, there’ll be no finish.
I’m sorry for the tears.
I’m sorry for the disappointment.
But I’ve learned my mistakes.
I’m trying to be someone you can be proud of
and to count on.
I’ll stay.
And will always be with you.
To whatever ends.
To love in London
~Adam Zachary~
No comments:
Post a Comment