Dania kembali lagi
ke tanah jelapang padi yang luas saujana mata memandang itu untuk meneruskan
kembali perjuangan dalam kehidupan. Dalam tempoh sebulan lebih lagi pendaftaran
pelajar-pelajar baru bagi tingkatan 1 dan 4 akan bermula. Pelajar tingkatan 4
akan mendaftar lebih awal berbanding pelajar tingkatan 1. Pastinya bilangan
mereka akan melebihi pelajar senior kerana ramai di antara pelajar senior telah
berpindah ke MRSM lain. Tidak kurang juga ada telah tersingkir daripada sistem
pendidikan MARA kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat minima yang
dikehendaki.
Pendaftaran
pelajar-pelajar baru bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 telah berlalu semenjak 2
minggu yang lepas. Bila sahaja bermula sesi pendaftaran yang baru, pasti
pelbagai ragam dapat dilihat. Bagi adik-adik di tingkatan 1 sememangnya cukup
terkenal dan akrab sekali dengan penyakit home-sick
atau dengan nama lain ialah penyakit rindukan rumah. Biarpun begitu, kedatangan
mereka sebagai ahli baru di dalam komuniti tetap disambut baik. Namun, keadaan
yang berbeza dapat dilihat apabila kedatangan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang
kurang disambut mesra. Barangkali memang beginilah keadaannya apabila
pelajar MARA mula bergabung dengan
pelajar-pelajar daripada kementerian. Kelihatannya umpama menerima saudara tiri
yang ingin meragut kasih.
Jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, tapi entah kenapa mata
Dania masih juga tak mahu lena. Dania cuba berjalan-jalan dan mengambil angin
malam di tepi beranda tingkat empat hostel yang duduki. Dania merasakan dirinya
sudah cukup garang dan amat ditakuti oleh orang lain. Di rumah pun adik-adik
Dania takut pada Dania. Tetapi entah kenapa adik-adik tingkatan 1 yang mulanya
takutkan Dia tetapi kini ramai pula yang akan datang mengadu nasib kepada Dania
sekiranya terdapat masalah.
Dalam tiga minggu
lagi peperiksaan semester 1 akan bermula. Kelihatan ramai pelajar yang mula
bertungkus lumus untuk mengkhatamkan pembacaan bagi setiap subjek.Terutamanya
pelajar tingkatan 5 kerana pada tahun ini mereka akan menduduki Peperiksaan
Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), termasuklah Dania yang turut menduduki
peperiksaan SPM. Perpustakaan pula kelihatan sentiasa penuh bagi pelajar yang
ingin mengulangkaji dalam keadaan yang aman dan tenang dengan kemudahan bagi
mendapatkan buku-buku yang dikehendaki.
“Dania... kau dah
mula buat ulang kaji ke?” tanya Faziana yang merupakan teman sekelas Dania.
“Belum lagilah Faz.....tak pe ada masa lagi kan. Hehehe...” balas Dania
kepada pertanyaan Faz. Begitulah Dania, jarang benar mahu melakukan persediaan
dengan awal. Namun, sukar untuk mengubah sesuatu yang sememangnya telah menjadi
darah dagingnya. Bagi Dania tidak mengapa untuk melakukan begitu, asalkan
segala perkara yang perlu diselesaikan itu dilakukan dengan sepenuh hati.
Itulah kelemahan yang ada pada Dania.
No comments:
Post a Comment