Teringat Dania kejadian
beberapa hari yang lalu. Kejadian yang merentap hatinya. Terlalu sakit untuk
dia terima. Pada hari itu bekalan eletrik telah terputus untuk beberapa jam
maka terpaksalah mereka bergelap. Kebetulan pada malam itu adalah hari lahir
Zaf yang ke-14. Zaf adalah jiran Dania di bilik hadapan.
Untuk meraikan
majlis tersebut Dania, Atie, Azzah dan Teha telah bertandang ke bilik hadapan dengan
sebiji kek mini yang dibeli dari kafetaria untuk menyambut birthday Zaf. Teman sebilik Zaf yang lain juga turut memeriahkan
susasana dengan jamuan ringkas yang telah mereka sediakan.
Walaupun jamuan
tersebut dilakukan dalam keadaan yang gelap-gelita. Namun, segalanya terasa
begitu sempurna. Kebiasaannya, hari lahir untuk pelajar asrama seperti mereka
akan disambut dengan pelbagai aktiviti yang unik. Maklumlah, masing-masing jauh
daripada keluarga. Jadi, mereka perlu saling mengambil berat antara satu sama
lain.Cuma pada malam tersebut mereka rasa tidak perlu untuk melakukan aktiviti
yang agak ’ganas’ kerana takut akan mendapat habuan istimewa daripada Pak Sok.
Selesai sesi makan
kek mini Dania hanya duduk bersantai ditepi tangga asrama sambil menikmati
angin malam. Maklumlah ketiadaan elektrik menyebabkan kipas tak mampu
berfungsi. Bahang di bilik makin terasa, walau pintu dah dibuka seluasnya. Mungkin
tanda-tanda mahu hujan. Tiba-tiba Hani datang menghampiri Dania. Dania hanya
diam sambil memerhati dalam senyap.
Setelah kesunyian
menyelubungi mereka untuk beberapa ketika, Hani mula berbicara “Dania, aku nak cakap dengan kau sikit. Tapi aku
harap kau jangan tekejut pula” ucap Hani seakan memberikan amaran awal. Bicara
Hani membuatkan jiwa Dania sedikit terganggu.
”Apa yang kau nak
cakapkan pada aku?” soal Dania kepada Hani. Wajahnya masih tenang, cuba
ditunjukkan seperti tidak terkesan sedikit pun dengan amaran Hani tadi
“Dua malam yang
lepas, sewaktu prep aku ada dengar
perbualan Adam dan ahli Devil group. Perbualan mereka adalah berkaitan
kau” kata Hani
“Berkaitan aku?
Kau memang pandai buat aku rasa suspen
jer” balas Dania pada Hani seakan cuba berseloroh. Tapi jantungnya mula
berdetak laju. Macam rentak lagu rock
underground. “Apa yang mereka bualkan
tentang aku?” sambung Dania.
”Mereka berbual
tentang pertaruhan ke atas kau” kata Hani.
”Pertaruhan? Atas
aku? Tapi untuk apa mereka buat semua tu ke atas aku? Betul ke apa yang kau
dengar Hani?” soal Dania pada Hani seperti lansung tak percaya.
”Aku pasti. Itu
aku dengar dengan telinga aku sendiri. Mereka bertaruh ke atas kau dengan
hadiah yang bernilai RM 100. Seandainya sesiapa di antara mereka yang mampu
mencairkan hati kau maka mereka akan menang pertaruhan tersebut” terang Hani
kepada Dania.
”Apa!... Mereka
ingat aku ni barang mainan yang boleh dijadikan taruhan ke? Aku tak akan
biarkan seorang pun daripada mereka akan menang dalam pertaruhan ni. Apa yang
pasti, hanya aku yang akan mengawal permainan ini” bidas Dania dengan tegas. Kegilaan
itu harus dihentikan. Lansung Dania tak menyangka dia akan berhadapan dengan
situasi seperti ini.
Dahulu dia pernah
menonton situasi seperti ini di dalam cerita She’s All That. Tapi itu adalah di dalam rancangan televisyen. Apa
yang dihadapi Dania kini adalah suatu realiti. Dia adalah realiti. Devil group juga adalah realiti. Andai
mereka mahukan menjadikan Dania bahan permainan. Maka, itu tak mungkin berlaku.
Tidak sama sekali. Permainan tersebut hanya akan dikawal oleh Dania tanpa
mereka sedari.
“Jika ada Devil Group pastinya wujud Adam. Ini
beerti Adam juga turut terlibat. Adam....kenapa harus kau lukakan hati aku dan
permainkan maruah aku. Setelah aku mula mengagumi dirimu dalam diam” bisik
Dania di dalam hati sendiri dengan sendu yang di tahan.
No comments:
Post a Comment