Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Sunday, 10 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 5


Petang hari Ahad macam ni entah apa agaknya mimpi Azzah, tiba-tiba sahaja dia mengajak Dania bermain bola jarring. Katanya lagi ramai lagi meriah. Tambahan pula, kumpulan Azzah kekurangan pemain dan tidak mempunyai `shooter’. Oleh kerana Dania pernah memegang posisi sebagai “shooter” sewaktu mewakili sekolah rendah dahulu, maka menjadi satu markah bonus untuk Azzah mengajak Dania menyertai kumpulannya.

Walau Dania masih belum sampai ke peringkat mewakili negara, tapi sekurang-kurangnya mungkin dia  boleh menyumbangkan sesuatu. Dania masih berkira-kira sendirian tentang tawaran Azzah itu. Disebabkan terasa bosan sendirian di dalam bilik dan tak ada apa-apa rancangan maka Dania menerima tawaran Azzah yang dikira datang tepat pada masanya itu.

Tepat pukul 5.15 petang selepas selesai solat Asar, Dania segera bersiap-siap untuk turun ke padang. Hanya dengan mengenakan t-shirt biru berlengan panjang yang mempunyai lambang ‘ADIDAS’, seluar sukan hitam berjenama ‘Cheetah Jr.’ serta bertudung hitam. Cukup ringkas, cepat dan mudah. Tak perlu nak melihat cermin terlalu lama. Dania lebih selesa berpakaian gelap ketika bersukan kerana tidak mudah kelihatan kotor.

Tidak dilupakan kasut sukan kesayangan Dania yang hampir usang itu. Kasut yang terletak kemas di atas rak kasut besi hitam di luar bilik. Kasut itulah yang telah menyebabkan mamanya berleter kerana Dania masih menyimpan kasut yang dah sememangnya uzur. Namun kasut itu tetap menjadi teman setiap setia setiap kali Dania melakukan beriadah. Tapi nampaknya Dania akhirnya perlu membeli kasut yang baru kerana yang satu ini telah haus kerana selalu sangat diasah di atas laluan terturap.

Alhamdulillah cuaca petang ini agak redup, sekurang-kurangnya Dania tak akan rentung dek panas mentari. Maklumlah, kulit Dania terlalu mudah terbakar. Kalau diletakkan tangannya di sebelah muka pasti kelihatan seperti tahi cicak. “Manalah Mak Cik Azzah ni? Tadi suruh aku tunggu kat bawah. Tapi masalahnya batang hidung dia pun aku tak nampak lagi ni. Silap hari bulan tak sempat main dah habis air satu botol aku minum nanti” Dania mengomel sendirian. 10 minit kemudian kelihatan Azzah berlari-lari anak manghampiri Dania yang berdiri macam tiang lampu di sebelah tangga aspuri. 

“Minta ampun Dania, aku terlewat sampai. Harap kau tak murka. Kena tulah aku nanti” kata Azzah sambil mengangkat kedua tangannya dengan lagak gaya sebagai dayang istana yang ketakutan. “ Banyaklah kau punya ampun. Jomlah jalan cepat. Nanti yang lain mengamuk pula sebab lama menunggu”

Di tempat yang dijanjikan, kelihatan yang lain tetap setia menunggu. Memang penyabar. Muka masing-masing dah macam udang kena panggang. Gelanggang bola jaring tersebut terletak bersebelahan dengan padang bola sepak yang dijadikan tempat latihan bola sepak bagi pelajar menengah rendah.
           
Selesai sesi warming-up, semua pemain mula mengambil posisi masing-masing. Dania pula mengambil posisi sebagai penjaring. Walaupun jaringan Dania tidaklah setajam sepakan gol David Beckham. Tapi sekurang-kurangnya, peratus untuk menyumbangkan mata bagi kumpulannya masih tetap cerah. Terasa macam banggalah pulak.
Masing-masing mula membuka langkah pencak silat dalam pertarungan. Macam nak putus nafas Dania dibuatnya, siap mandi peluh lagi. Tapi tak apa, pahlawan handalan sejati memang slealunya kena serang bertubi-tubi. Namun, Dania tetap bertahan sehingga ke akhirnya. “Yeah!”

“Wei, Intan! Baling bola tu kat aku” jerit Dania kepada penyerang sayap kanan. Nampaknya balingan bola log Intan itu cukup cantik. Lengkungan sigmoid barangkali. Akhirnya, bola yang bakal menjadi penentu johan berada di tangan Dania kini. Posisi yang cukup cantik dalam lingkungan jaringan juga memberikan Dania peluang tambahan.

Nampaknya, semua harapan bergantung kepada Dania sekarang. Tumpuan sepenuhnya  diberikan saat melambungkan bola itu kearah mulut gol. Saat bola tersebut benar-benar berapa pada mulut gol. Tiba-tiba berlaku sesuatu yang mampu membuatkan nafas Dania terhenti. Dupp!

“Dania!!! I love u !!!”

Jeritan itu berlaku tepat pada saat bola yang dilontarkan memasuki jaring. Dania terus terduduk di atas lantai. Semua mata tertumpu ke arah datangnya suara itu, kemudian pandangan mereka dialihkan kepada Dania. Saat itu, badan Dania dah beku macam ais dari kutub utara. Mata Dania sibuk melilau mencari empunya suara. Tetapi disebabkan rabun maka penglihatannya kabur. Dania segera mencapai kaca matanya di bahagian tepi gelanggang. Penglihatan Dania terkunci pada satu batang tubuh yang cukup dikenali dan sedang berdiri di tengah-tengah padang sambil tersenyum kearahnya.

“Adam!” jerit aku di dalam hati. Biar betul, tak mungkin Adam yang menjerit nama aku sebentar tadi. Gila betullah, mamat sengal ni” ucap Dania sendiri. Mahu sahaja Dania menumbuk Adam saat itu. Tapi Dania merasakan dia dah cukup malu untuk hari itu. Sejak peristiwa tersebut, ada sahaja perkara yang tak masuk akal dilakukan oleh Adam.



No comments:

Post a Comment