Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Sunday, 3 June 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 3


Setiap malam minggu sebegini merupakan satu ganjaran dan saat-saat yang paling ditunggu-tunggu. Tapi walaupun bercuti study tetap kena buat. Kalau tak dapat khatam buku banyak kali pun dah kira cukup asalkan pegang buku sekejap. Orang kata ambil berkat.

Disebabkan prinsip ini telah tertanam dalam diri semua pelajar MRSM Pendang, maka malam minggu pun akan ada juga pelajar yang akan pergi ke kelas sama ada untuk belajar atau menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Tetapi terdapat juga segelintir pelajar yang hanya datang ke kelas untuk mengambil buku dan kemudiannya pulang. Setelah itu, hala tuju mereka tidak dapat dikenal pasti sama ada balik ke bilik untuk menyiapkan tugasan atau pun sebaliknya dengan agenda yang tersendiri. Janji nampak bayang yang muncul ke kelas.

Di sebalik keindahan malam yang disinari cahaya sang purnama, malam minggu merupakan satu peluang untuk kebanyakan pasangan muda untuk menghabiskan masa bersama. Maklumlah pada saat ini merupakan waktu untuk belajar mengenal erti cinta dan perasaan saying dalam kehidupan.

Dari jauh, Dania yang lengkap bertudung hanya mengenakan kemeja hitam putih yang bercorak kotak-kotak kecil pemberian Mak Su serta seluar track suit yang berwarna hitam. Dia hanya berjalan sendirian menyusuri laluan balkoni ke blok akademik menengah rendah itu. Walaupun, laluan tersebut kelihatan suram dan kelam.  dengan Dania meredah laluan tersebut hanya dengan membawa bekas pensil kesayangannya. Dania begitu terleka dengan dunianya sendiri di sebalik muzik-muzik yang menjadi teman setia. Kadang-kala tubuhnya turut menari bersama bagi menghayati muzik yang didengari menerusi walkman yang diterima daripada Cik Lin sebagai hadiah UPSR. Lenggok ke kiri lenggok ke kanan. Dengan langkah yang bersahaja Dania mengaturkan langkahnya ke kelas 2 Efisyen yang terletak di bahagian paling hujung tingkat 2.

“Eh, budak-budak lain tak datang kelas ke malam ni?” bicara Dania dalam hati dengan wajah yang sedikit berkerut. “Hehe…bagus juga dia orang tak datang kelas malam ni. Aman sikit dunia aku.”kata Dania perlahan sambil mengukir senyuman yang senget sebelah. Dunia ini ana yang punya.

Begitu asyik menghayati lagu yang berkumandang sambil turut menari sama mengikut rentak lagu December nyanyian Linking Park. Kalau orang yang tak kenal siapa Dania pasti akan menganggapnya pelik. Dania lebih senang begini kerana dia tidak akan merasakan masa yang berlalu ketika menghabiskan tugasan. Ketika sedang duduk di  barisan hadapan berhampiran pintu masuk, Dania terlihat sesuatu yang paling dia benci. 

No comments:

Post a Comment