Kelihatan
sekumpulan pelajar lelaki yang amat tidak disenangi oleh Dania. Mereka boleh dikira
sebagai golongan pelajar lelaki yang terhangat di pasaran. Sentiasa sahaja
menjadi rebutan gadis-gadis di sekolah. Apa yang menarik pada mereka pun Dania
tak pasti. Ada sahaja yang mahu merapati mereka sama ada sebagai adik angkat,
abang angkat atau yang lebih hebat lagi sebagai kekasih hati. Tetapi perasaan
sebaliknya yang muncul dalam diri Dania saat dia terpandangkan wajah setiap
seorang daripada mereka.Bukan perasaan kagum yang muncul dalam diri Dania
tetapi dia seperti lebih layak untuk menjadi musuh ketat. Biarlah hanya Dania sebagai manusia
terakhir atas muka bumi ini. Tak mungkin untuk Dania berbaik dengan musuh
ketatnya itu.
“Ya Allah, kenapalah
malang sangat nasib aku malam ni. Terpaksa pulak aku bertembung dengan makhluk
yang paling aku benci atas muka bumi ni” kata Dania pada dirinya sendiri.
Tak berapa lama
kemudian masuklah Nashriq,
Shahir,Amirul, Aizat dan Hakim ke dalam kelas 2 Efisyen yang pada asalnya hanya
dihuni oleh Dania seorang sebagai tetamunya pada malam itu. Dania cuba untuk
tidak mengendahkan kehadiran jejaka-jejaka yag perasan hangat itu. Bagi Dania
mereka semua tidak ubah seperti ais beku di kawasan kutub utara dan tidak
mungkin akan lebur untuk selama-lamanya.
Dania tetap
berusaha sepenuh kudaratnya untuk memberikan fokus yang sepatutnya diberikan
sepenuhnya terhadap tugasan di depan mata. Akhirnya, lengkaplah ahli kumpulan ‘Devil Group’ apabila muncul ketibaan ahli yang terakhir
iaitu Adam yang hanya mengenakan jersi putih pasukan bola sepak Manchester United .Dia hanya tersenyum
saat memasuki kelas tersebut.
“Suka hati koranglah nak buat apa pun. Asal jangan mengganggu ketenteraman
hidup aku sudah. Kalau tidak , matilah korang semua nanti” sumpah Dania pelahan
di dalam hati.
....................................................................................................................................................
Nasib baiklah
mereka semua hanya melakukan urusan masing-masing. Dania begitu khusyuk untuk
menghabiskan tugasannya sehingga dia terleka dan tidak sedar bahawa terdapat
sepasang mata yang memerhatikan dirinya dan hanya menunggu masa sahaja untuk
bertindak. Tiba-tiba, kerusi di sebelah Dania yang asalnya kosong, kini
diduduki oleh insan yang menjadi musuh ketat Dania iaitu Adam.
Adam tetap
tersenyum memandang Dania. Senyuman yang mungkin cukup menawan bagi Adam.
Namun, bagi Dania senyuman Adam itu tetap tiada maknanya dan paling
menjengkelkan bagi Dania. Dania tidak
membalas walau sedikit pun senyuman dari bibir Adam itu. Tetapi Adam
kelihatannya begitu setia menanti sebarang reaksi yang akan diberikan oleh
Dania. Teman Adam yang lain kelihatan hanya menyambung urusan mereka dan
menutup mata seperti mereka tidak melihat tindakan pelik Adam yang cuba
menghampiri Dania.
“Mangkuk ni betul
ke tidak? Ada litar pintas kot dalam otak mamat sengal ni. Lagi pun dia sendiri
tahu yang aku dan dia memang tak pernah boleh nak berbaik dengan dia. Sejak
daripada tingkatan 1 lagi” Dania mengomel dalam hati.
“Arghhh!!!” Dania
semakin tak boleh nak bertahan dengan renungan mata Adam. Annoying sangat. Walaupun Adam mungkin tidak mempunyai sebarang maksud
terhadap Dania dengan renungannya itu. Tetapi Dania benci. Segala yang ada pada
Adam membuatkan kebencian Dania membuak-buak. Kalau diikutkan hati mahu sahaja
dia campakkan Adam keluar dari kelas tersebut. Memang hamba Allah yang satu ni sengaja
nak mengganggu ketenteraman hidup Dania.
“Wei, Adam! Kenapa
dengan kau ni? Tengok
aku macam tak pernah tengok pulak”soal Dania kepada Adam kerana dia tak selesa
dengan pandangan mata Adam.
“Tak ada
apa, Adam cuma suka tengok Dania buat kerja sekolah je. Muka tu serius betul,
siap berkerut-kerut. Macam fikir masalah dunia je. Comel.” balas Adam sambil
tersenyum bagaikan kerang busuk.
“Dania? Comel? Betul ke telinga aku ni atau pun
salah dengar. Tak
pernah ada orang lain panggil aku dengan nama Dania. Meremang bulu roma aku
rasanya.Kena sampuk agaknya Si Adam ni” bicara Dania sendirian. “Kau ni sengal la” balas Dania.
Apalah agaknya
agenda peminat pasukan Manchester United ini
agaknya? Tapi Dania malas nak berfikir sebab sekarang ni pun otaknya macam dah
tepu dengan pelbagai nombor dan formula. `Sretttt.......’ Tiba-tiba bunyi kerusi diseret. Dania berpaling kekanan. Rupa-rupanya
Adam telah merapatkan kerusi yang didudukinya menghampiri Dania. “Sah...! mamat ni memang dah kena sampuk jin ladang
getah kot”. Tindakan Adam ini
benar-benar membuatkan Dania rasa lain macam dan tidak selesa. Dania terpaksa
menganjakkan kerusinya menjauhi Adam. Tetapi Adam tetap mengulangi tindakannya
sehingga Dania rapat ke dinding.
“Budak ni memang
sah mereng malam ni. Kalau pun dia nak buang tabiat, kenapa aku pulak yang kena
jadi mangsa dia. Silap hari bulan mahu dapat side-kick daripada aku nanti ”. Dania lebih rela mendiamkan diri.
Bagi Dania, biarlah andai Adam memang nak jadi batu tunggul untuk memerhati.
Bukan Dania yang minta, mamat Adam tu sendiri yang murah hati sangat nak datang
bagi perkhidmatan percuma.
..........................................................................................................................................
5 minit...10
minit....15 minit telah berlalu. Namun, hanya sepi antara Dania dan Adam.
Sesekali kedengaran bunyi musik dari walkman
Dania yang dipasang agak kuat. Adam merasakan tindakannya tidak mendapat respon
yang positif daripada Dania. Adam mula mencapai sebatang pen Kilometrico yang
berwarna biru milik Dania dari dalam bekas pensil.
Adam yang memang
cukup suka menyakat sengaja mengetuk-ngetuk pen tersebut di atas meja sehingga
bunyi yang terhasil cukup untuk meragut tumpuan Dania. “Eh, mamat ni. Datang tak dijemput, sengaja pulak
nk cari pasal dengan aku. Nak kena penumbuk ke?” bicara Dania dalam hati.
Dengan hati yang memang sedang panas membara, Dania telah menghadiahkan
jelingan maut untuk Adam, musuh yang satu itu.
“Amboi, Dania!
Dahsyatnya jeling Adam. Tak apalah Adam anggap tu hadiah dari Dania untuk
Adam.”kata Adam tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Sangka
Dania, Adam akan berputus asa. Tetapi rupanya sangkaan tersebut meleset kerana
Adam yang masih tak puas mngusik, dengan beraninya telah mengalihkan kerusi
yang asalnya berada di sisi ke hadapan meja Dania. Adam duduk bertentangan dengan Dania. Dia hanya
menongkat dagunya sambil memerhatikan Dania. “Ya Allah, tolonglah hambamu yang
lemah ini”rintih Dania dalam hati.
“Adam, kau memang tak ada
kerja lain ke apa? Kau ingat bila kau tengok aku macam tu aku boleh suka kat
kau la ek macam budak-budak perempuan lain tu? Sorry sikit, aku lansung tak minat la dengan kau.” ucap Dania tanpa
ragu-ragu.
Adam terdiam.
Terkejut dengan penyataan Dania “Yakin
ke Dania tak akan terpikat lansung dengan Adam?” soal Adam bersahaja. Setiap
gadis yang dia pikat pasti akan cair. Tapi mengapalah susah sangat untuk
menundukkan ego Dania? Egonya tercabar.
“Aku yakin” balas Dania,
pendek.
No comments:
Post a Comment