“Nampaknya flight Adam dah nak
berlepas. Adam perlu masuk sekarang” ucap Adam.
Datin Marziah meleraikan pelukannya pada Adam. Adam mencapai beg sandang
milik yang terletak di atas kerusi dan perlahan-lahan berjalan menuju ke balai
berlepas sambil melambaikan tangan dan menatap wajah setiap ahli keluarganya
untuk disisipkan dalam memori ingatannya sebagai pemberi semangat untuk
berjaya. Hazrina dan Halina yang merupakan kakak kepada Adam juga merasakan
kesedihan di dalam hati mereka untuk berpisah dengan adik bongsu mereka keluar
negara.
Mata Adam melilau mencari tempat duduknya yang bernombor 11A sambil kakinya
melangkah perlahan menyusuri lorong kecil itu. Setelah beberapa minit, Adam
bertemu dengan teman duduknya bagi sepanjang penerbangan itu. Adam duduk
bersebelahan teman sekolejnya, Irfan. Irfan akan melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan di Universiti Manchester. Manakala Adam pula dalam bidang
kejuruteraan kimia di University College
of London. Sebelum pesawat MAS 3401 berlepas, beberapa orang pramugara dan
pramugari berdiri di lorong tengah untuk memberikan penerangan berkaitan
keselamatan bagi sepanjang tempoh penerbangan.
“Ladies and gantlemen, please fastern your
seat belt. We will depart within 10 minutes. Thank you for choosing Malaysian
Airlines. Your safety is our priority” ucap kapten melalui pembesar suara.
Setelah pengumuman dibuat, isyarat lampu tali kalendar telah dipasang.
Menandakan setiap penumpang harus berada di tempat duduk masing-masing. Selepas
kapal terbang berada dalam keadaan yang stabil dan selamat, barulah isyarat
tali pinggang kalendar dipadamkan. Adam mencapai sesuatu di dalam beg galasnya,
sebuah novel yang bertajuk ‘The Gold
Blood’ hasil tulisan Heather Farway dikeluarkan untuk membunuh kebosanannya
bagi sepanjang penerbangan. Dia lebih berminat membaca novel yang berunsurkan
mistik dan penyiasatan.
Entah berapa lama dia membaca novel tersebut tanpa sedar pandangan matanya
semakin kabur. Beberapa minit kemudian Adam terlena dan hanya hembusan nafasnya
sahaja yang kedengaran. Tubuhnya kini berbalut selimut berwarna hijau lumut
yang diminta daripada pramugari sebentar tadi bagi menangkis kesejukan penghawa
dingin.
Ditambahkan pula dengan kesejukan malam di latitud yang tinggi, benar-benar
mencengkam sehingga ke tulangnya. Pasti Kota London telah menanti dengan seribu
satu kejutan buat Adam. Perjalanan selama 13 jam itu benar-benar membuatkan
Adam terbuai dengan lena yang panjang.