Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Tuesday, 31 July 2012

CONTEST "Siapa Cepat Dia Dapat"...Cepat...Cepat...






Pihak Online Novel berminat untuk mengadakan satu pertandingan buat 
Member-member Fan Page Online Novel


Syarat pertandingan:

5 nama terawal & 5 nama yang terakhir 
akan mendapat salinan softcopy lengkap untuk Novel "Andai Ku Bercinta Lagi"

1) Anda perlu memberikan nama dan e-mail anda pada Admin di onlinenovel2u@gmail.com
    (paste bersama URL Facebook anda di dalam e-mail)
2) "LIKE" pada Fan Page Online Novel
3) "SHARE" entri ini pada Facebook anda

Pertandingan ini akan berlansung sehingga 31/8/2012. Pengumuman nama pemenang akan diumumkan dalam laman Fan Page Online Novel serta Blog Online Novel. Keputusan admin adalah muktamad. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi admin di onlinenovel2u@gmail.com. Kami akan cuba memberikan respon secepat yang mungkin.Terima kasih.

Admin-NAA-

Monday, 30 July 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 12


Setelah selesai program abseiling pada pukul 5.30 petang, semua pelajar perlu berjalan kaki sejauh 4 km untuk sampai ke tapak perkhemahan yang terletak di Bukit Wang. Tapak perkhemahan tersebut benar-benar terletak di hujung kawasan taman rekreasi Bukit Wang. Apabila tiba di kawasan tapak perkhemahan, matahari telah beransur-ansur tenggelam. Semua pelajar berkejar-kejar untuk bersiap sedia bagi menunaikan solat asar dan menunggu untuk aktiviti seterusnya.

Waktu mandi merupakan saat yang paling menimbulkan masalah. Bagi pelajar lelaki pastilah segalanya akan berjalan lancar. Tetapi lain pula ceritanya bagi pelajar perempuan. Tambahan pula, tempat mandi yang disediakan untuk pelajar perempuan terletak betul-betul di tepi sungai. Apa yang membezakan ialah bagi pelajar lelaki disediakan kawasan mandi yang terbuka. Manakala untuk pelajar perempuan ialah kawasan separuh tertutup di bahagian yang bertakung. Bagi Dania, semua itu hanya masalah kecil sahaja kerana dia selalu mandi sambil mengenakan pakaian lengkap setiap kali  melakukan aktiviti luar.

Setelah selesai, mereka perlu berkumpul di kawasan tanah lapang yang dipenuhi dengan batu kerikil. Akibat kepenatan daripada aktiviti abseiling yang agak extreme ditambahkan lagi dengan jarak perjalanan yang agak jauh dari tempat aktiviti ke tapak perkhemahan menyebabkan ramai pelajar yang terlewat untuk berkumpul.

 Oleh kerana kelewatan yang berlakukan telah menyebabkan Dania serta kawan-kawannya yang lain terpaksa menyilangkan tangan di belakang leher seperti pendatang haram tanpa izin yang ditahan ketika operasi serbuan secara besar-besaran. Hendak atau tidak terpaksalah Dania berjalan seperti itik yang kena tahan. Tetapi seronok juga keadaan sebegitu, rasanya mungkin dia tidak akan mengalami lagi keadaan sebegitu bersama-sama teman-teman yang lain.

Selesai makan malam, semua pelajar menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Muhammad Alif di bawah lelangit malam yang dipenuhi oleh bintang-bintang di langit utara. Tempoh di antara solat Magrib dan Isyak telah diisi dengan pengisian tazkirah daripada Tuan Haji Nazir yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar di MRSM Pendang. Selepas solat Isyak, Kapten Salmi yang bertindak selaku kem komander telah menyampaikan taklimat untuk program kedua yang akan berlansung pada malam itu.

Sewaktu taklimat disampaikan telah membuatkan Dania terasa seram sejuk kerana segalanya disampaikan dalam keadaan separuh berbisik seperti segala tindakan yang mereka lakukan dan katakan bagaikan ada sesuatu yang sedang melihat dan mendengar. Bulu roma Dania mula berdiri. Sejuk rasanya. Kapten Salmi juga turut memberikan kata laluan yang perlu mereka ingat sepanjang program tersebut berjalan.

Thursday, 26 July 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 11


Dengan kerjasama daripada pihak tentera dan bomba, program ‘abseiling’ dijalankan dengan jayanya. Dania begitu teruja kerana pertama kali terlibat dengan aktiviti ‘abseiling’ yang turun dari kawasan tinggi dengan menggunakan tali. Walaupun Dania mempunyai acrophobia iaitu penyakit fobia terhadap tempat tinggi. Namun, apabila difikirkan kembali sampai bila agaknya dia perlu duduk dibawah kerana mungkin ada sesuatu yang lebih menarik yang dapat dilihat dari tempat yang lebih tinggi.

Pada mulanya hanya pelajar lelaki yang mengambil bahagian. Tercabar juga kewibawaan Dania pada saat itu, kerana tiada lansung pelajar perempuan yang mengambil bahagian. Dania sangat pantang apabila terasa dirinya dicabar. Akhirnya Dania mengambil keputusan yang dia seharusnya mengatasi ketakutan dalam diri sendiri. Dania telah bersiap sedia menunggu giliran yang seterusnya.

“Woi! Aku yang pegang banda ini dulu la” tingkahku kepada Faris yang memegang kejap safety belt tersebut. Namun, kelihatan Faris seperti tidak mahu melepaskan tangannya. Entah dari mana datangnya kekuatan dalam diri Dania, terus sahaja dia merentap tali pinggang tersebut daripada tangan Faris dan berjalan menuju ke puncak bukit tersebut. Faris hanya memandang sinis pada Dania.

Setelah siap memakai safety belt dengan sempurna, Dania memandang kebawah bukit tersebut. “Hish….” Kecut perut dibuatnya. Dania merasakan macam hendak terburai semua isi perut .Tangan Dania pun dah jadi lemah dan sejuk macam mayat hidup.

“Safety man, on!” laung Dania kepada pegawai bomba yang berada di bawah. Aliran adrenaline semakin laju. Dania cuba melawan ketakutan. Dengan perlahan-lahan Dania meloncat ke bawah. Pada mulanya, agak kurang lancar tetapi setelah beberapa ketika segalanya berada dalam kawalan. Lebih kurang dalam enam kali loncatan, Dania telah sampai ke daratan. Dia sedar dalam diam Adam memerhatikan dirinya dari kejauhan. Setelah agak penat dan panas menanti di situ Dania mula bergerak menuju ke bawah pokok getah untuk berteduh sambil memerhatikan rakan-rakan yang lain.

Kemudian Dania mengambil tempat di belakang Adam. Adam hanya diam membisu di situ. Dia bagaikan bukan Adam yang Dania kenali dulu atau mungkin kerana Dania sendiri yang telah mengelakkan diri dari Adam.

Friday, 20 July 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 10


Program pertama akan bermula di kawasan tanah lapang tersebut. Kumpulan Dania akan dibimbing oleh Staff Mohammadiah dan Staff Rosli. Sebelum berlansungnya program ‘absaling’, setiap kumpulan diberikan sehelai kain putih dan tiga marker pen yang berlainan warna. Kain putih tersebut perlu dijadikan sebagai bendera kumpulan dengan melukiskan haiwan yang mewakili kumpulan tersebut. Bendera yang bagi setiap kumpulan juga perlu dijaga dengan baik sepanjang program Kem Patriotik berlansung. Kumpulan Dania telah memilih Jaguar sebagai simbol kekuatan kumpulan mereka.

“Siapa yang sanggup nak jaga bendera ini sepanjang kem? Kalau boleh saya nak lelaki yang ambil tanggungjawb ini” soal salah seorang staff yang menjaga kumpulan Dania. Apabila Staff Mohammadiah bertanyakan soalan tersebut semua ahli kumpulan tersebut hanya mendiamkan diri, termasuk Dania. Bagi Dania, orang yang hendak menjaga bendera tersebut pastinya perlukan seorang yang benar-benar layak dan bertanggungjawab.

“Saya sanggup bertanggungjawab ini” balas seseorang. Tiba-tiba satu suara memecahkan kesunyian di antara  mereka. Dania memandang kepada arah pemilik suara yang sedang tenang duduk bersandar pada sebatang pokok.. Kemudian pemilik jasad tersebut berdiri dengan yakinnya. Sungguh tidak Dania menyangka bahawa Adam telah menawarkan dirinya untuk memikul tanggungjawab tersebut. Adam benar-benar memiliki satu daya tarikan yang kuat pada Dania. 

Sunday, 15 July 2012

Andai Ku Bercinta LAgi : 9


Kumpulan 6,7 dan 8 akan naik bas nombor 5”. Lantang suara Cikgu Zul memberikan arahan sedang pemilik suara tersebut hanya memiliki tubuh yang tinggi lampai dan kurus. Perjalanan yang memakan masa selama hampir satu jam setengah itu membuatkan Dania agak keletihan. Namun, pemandangan sawah bendang yang luas terbentang itu masih menjadi teman yang setia di sepanjang perjalanan.

Setelah sampai ke destinasi, semua pelajar diarahkan turun dari bas. Dalam fikiran Dania berpendapat bahawa kawasan yang tanah lapang yang berhampiran bukit tinggi itu merupakan tapak perkhemahan kami. Tetapi rupanya jangkaan Dania meleset kerana tapak perkhemahan mereka terletak di kawasan lain.

Beg-beg milik semua pelajar telah diletakkan di dalam trak untuk diangkut ke kawasan tapak perkhemahan. Di kawasan berbukit yang tandus dan bertanah gersang itu, semua pelajar perlu berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Tidak dapat Dania bayangkan bagaimana agaknya hidup dirinya untuk tiga hari itu sepanjang berada di bawah pengawasan tentera.
Tiba-tiba di tepi Dania,meluncur laju sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh tentera. Kenderaan tersebut betul-betul berhenti di hadapan Dania dan seorang lelaki keluar dalam keadaan yang lengkap berpakaian tentera. Mengikut perkiraan Dania, usia lelaki tersebut dalam usia 35 tahun dan keatas. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kapten Salmi. Orang memiliki susuk tubuh yang tegap dan sasa. Pastinya pada zaman mudanya dahulu dia memiliki rupa paras yang kacak dan menjadi rebutan gadis-gadis pinggitan. Geli hati Dania saat membayangkan keadaan tersebut.

***************************************************************

Tuesday, 10 July 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 8


Kedatangan tahun 2003 ini telah membuatkan perjalanan hidup Dania semakin menarik dan mencabar. Pada tahun ini, Dania berada di tingkatan 3 dan perlu bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan yang agak besar dalam hidupnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bermula pada bulan Januari lagi pelbagai program akademik dan jati diri telah dirancang untuk pelajar tingkatan 3. Program Kem Patriotik sedang menanti Dania.

Semua pelajar tingkatan 3 perlu berkumpul di Dewan Besar bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh guru penyelaras PMR berkaitan Kem Patriotik. Pembahagian kumpulan juga akan dilakukan pada masa yang sama. Dania benar-benar berharap akan mendapat ahli kumpulan yang sememangnya satu kepala dengan dirinya. Pasti segalanya akan berjalan dengan baik dan mengembirakan. Dania hanya duduk dan memerhatikan sahaja kawasan dewan yang sesak dengan pelajar itu. Sudahlah sesak, panas pula. Tangan kanan Dania digerakkan seperti kipas. Ditambah lagi dengan keadaan yang berpeluh ini, kalau ikutkan hati lebih baik Dania duduk di dalam kelas sahaja. Sebelum taklimat dimulakan, semua pelajar akan dibahagikan mengikut senarai nama yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan akan mempunyai ahli yang terdiri dari kelas 3 Amanah, 3 Bestari, 3 Cekal, 3 Dedikasi, 3 Efisyen, 3 Futuristik dan 3 Harmoni.

Arahan telah dikeluarkan oleh Cikgu Mat Isa yang cukup terkenal dengan kesungguhannya dalam melaksanakan sesuatu perkara. Cikgu yang bertubuh agak besar itu merupakan seorang guru yang cukup istimewa. Walaupun dia mengajar mata pelajaran pendidikan seni, tetapi beliau juga mempunyai kemahiran psikologi. Di dalam dewan tersebut telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pada bahagian hadapan adalah untuk pelajar yang telah mempunyai kumpulan dan untuk bahagian belakang adalah untuk pelajar yang belum dibahagikan kumpulan.

Dania hanya menanti dengan penuh sabar kerana dia merasakan namanya  akan dipanggil paling lewat. Pada saat yang terluang itu, Dania hanya berdiri di suatu sudut dewan sambil menghabiskan masanya dengan memerhati rakan-rakan lain yang masih belum disebutkan nama. Akhirnya, pandangan Dania terhenti pada seraut wajah yang pernah meninggalkan luka yang dalam dihatinya. Adam, lelaki yang satu itu masih belum mempunyai kumpulan. Sedangkan pada saat itu bilangan pelajar yang masih belum mempunyai kumpulan telah tinggal sedikit sahaja.

Tiba-tiba wujud satu perasaan yang resah dalam diri Dania. Saat itu, Dania hanya mampu berdoa. Ya Allah, tolonglah aku. Janganlah kau satukan aku dan Adam dalam kumpulan yang sama. Sesungguhnya dia telah melukakan hati aku״ doa hati Dania perlahan.

“Mohd Adam Zachary Dato’ Shukri”
“Nur Dania Insyirah Mohd Affendy”

Betapa saat itu lutut Dania bagaikan begitu lemah dan seakan tak mampu untuk berdiri. Dalam doa yang masih bersisa itu. Akhirnya, telah tertulis dalam suratan takdir bahawa Dania dan Adam berada dalam kumpulan yang sama. Bagaikan tersungkur di hadapan takdirnya sendiri, Dania mengambil tempat untuk berbaris di belakang Adam. Saat itu bagaikan wujudnya satu ruang sepi di antara mereka berdua.