Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Sunday, 15 July 2012

Andai Ku Bercinta LAgi : 9


Kumpulan 6,7 dan 8 akan naik bas nombor 5”. Lantang suara Cikgu Zul memberikan arahan sedang pemilik suara tersebut hanya memiliki tubuh yang tinggi lampai dan kurus. Perjalanan yang memakan masa selama hampir satu jam setengah itu membuatkan Dania agak keletihan. Namun, pemandangan sawah bendang yang luas terbentang itu masih menjadi teman yang setia di sepanjang perjalanan.

Setelah sampai ke destinasi, semua pelajar diarahkan turun dari bas. Dalam fikiran Dania berpendapat bahawa kawasan yang tanah lapang yang berhampiran bukit tinggi itu merupakan tapak perkhemahan kami. Tetapi rupanya jangkaan Dania meleset kerana tapak perkhemahan mereka terletak di kawasan lain.

Beg-beg milik semua pelajar telah diletakkan di dalam trak untuk diangkut ke kawasan tapak perkhemahan. Di kawasan berbukit yang tandus dan bertanah gersang itu, semua pelajar perlu berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Tidak dapat Dania bayangkan bagaimana agaknya hidup dirinya untuk tiga hari itu sepanjang berada di bawah pengawasan tentera.
Tiba-tiba di tepi Dania,meluncur laju sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh tentera. Kenderaan tersebut betul-betul berhenti di hadapan Dania dan seorang lelaki keluar dalam keadaan yang lengkap berpakaian tentera. Mengikut perkiraan Dania, usia lelaki tersebut dalam usia 35 tahun dan keatas. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kapten Salmi. Orang memiliki susuk tubuh yang tegap dan sasa. Pastinya pada zaman mudanya dahulu dia memiliki rupa paras yang kacak dan menjadi rebutan gadis-gadis pinggitan. Geli hati Dania saat membayangkan keadaan tersebut.

***************************************************************

No comments:

Post a Comment