Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Tuesday, 10 July 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 8


Kedatangan tahun 2003 ini telah membuatkan perjalanan hidup Dania semakin menarik dan mencabar. Pada tahun ini, Dania berada di tingkatan 3 dan perlu bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan yang agak besar dalam hidupnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bermula pada bulan Januari lagi pelbagai program akademik dan jati diri telah dirancang untuk pelajar tingkatan 3. Program Kem Patriotik sedang menanti Dania.

Semua pelajar tingkatan 3 perlu berkumpul di Dewan Besar bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh guru penyelaras PMR berkaitan Kem Patriotik. Pembahagian kumpulan juga akan dilakukan pada masa yang sama. Dania benar-benar berharap akan mendapat ahli kumpulan yang sememangnya satu kepala dengan dirinya. Pasti segalanya akan berjalan dengan baik dan mengembirakan. Dania hanya duduk dan memerhatikan sahaja kawasan dewan yang sesak dengan pelajar itu. Sudahlah sesak, panas pula. Tangan kanan Dania digerakkan seperti kipas. Ditambah lagi dengan keadaan yang berpeluh ini, kalau ikutkan hati lebih baik Dania duduk di dalam kelas sahaja. Sebelum taklimat dimulakan, semua pelajar akan dibahagikan mengikut senarai nama yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan akan mempunyai ahli yang terdiri dari kelas 3 Amanah, 3 Bestari, 3 Cekal, 3 Dedikasi, 3 Efisyen, 3 Futuristik dan 3 Harmoni.

Arahan telah dikeluarkan oleh Cikgu Mat Isa yang cukup terkenal dengan kesungguhannya dalam melaksanakan sesuatu perkara. Cikgu yang bertubuh agak besar itu merupakan seorang guru yang cukup istimewa. Walaupun dia mengajar mata pelajaran pendidikan seni, tetapi beliau juga mempunyai kemahiran psikologi. Di dalam dewan tersebut telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pada bahagian hadapan adalah untuk pelajar yang telah mempunyai kumpulan dan untuk bahagian belakang adalah untuk pelajar yang belum dibahagikan kumpulan.

Dania hanya menanti dengan penuh sabar kerana dia merasakan namanya  akan dipanggil paling lewat. Pada saat yang terluang itu, Dania hanya berdiri di suatu sudut dewan sambil menghabiskan masanya dengan memerhati rakan-rakan lain yang masih belum disebutkan nama. Akhirnya, pandangan Dania terhenti pada seraut wajah yang pernah meninggalkan luka yang dalam dihatinya. Adam, lelaki yang satu itu masih belum mempunyai kumpulan. Sedangkan pada saat itu bilangan pelajar yang masih belum mempunyai kumpulan telah tinggal sedikit sahaja.

Tiba-tiba wujud satu perasaan yang resah dalam diri Dania. Saat itu, Dania hanya mampu berdoa. Ya Allah, tolonglah aku. Janganlah kau satukan aku dan Adam dalam kumpulan yang sama. Sesungguhnya dia telah melukakan hati aku״ doa hati Dania perlahan.

“Mohd Adam Zachary Dato’ Shukri”
“Nur Dania Insyirah Mohd Affendy”

Betapa saat itu lutut Dania bagaikan begitu lemah dan seakan tak mampu untuk berdiri. Dalam doa yang masih bersisa itu. Akhirnya, telah tertulis dalam suratan takdir bahawa Dania dan Adam berada dalam kumpulan yang sama. Bagaikan tersungkur di hadapan takdirnya sendiri, Dania mengambil tempat untuk berbaris di belakang Adam. Saat itu bagaikan wujudnya satu ruang sepi di antara mereka berdua.

No comments:

Post a Comment