Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Thursday, 26 July 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 11


Dengan kerjasama daripada pihak tentera dan bomba, program ‘abseiling’ dijalankan dengan jayanya. Dania begitu teruja kerana pertama kali terlibat dengan aktiviti ‘abseiling’ yang turun dari kawasan tinggi dengan menggunakan tali. Walaupun Dania mempunyai acrophobia iaitu penyakit fobia terhadap tempat tinggi. Namun, apabila difikirkan kembali sampai bila agaknya dia perlu duduk dibawah kerana mungkin ada sesuatu yang lebih menarik yang dapat dilihat dari tempat yang lebih tinggi.

Pada mulanya hanya pelajar lelaki yang mengambil bahagian. Tercabar juga kewibawaan Dania pada saat itu, kerana tiada lansung pelajar perempuan yang mengambil bahagian. Dania sangat pantang apabila terasa dirinya dicabar. Akhirnya Dania mengambil keputusan yang dia seharusnya mengatasi ketakutan dalam diri sendiri. Dania telah bersiap sedia menunggu giliran yang seterusnya.

“Woi! Aku yang pegang banda ini dulu la” tingkahku kepada Faris yang memegang kejap safety belt tersebut. Namun, kelihatan Faris seperti tidak mahu melepaskan tangannya. Entah dari mana datangnya kekuatan dalam diri Dania, terus sahaja dia merentap tali pinggang tersebut daripada tangan Faris dan berjalan menuju ke puncak bukit tersebut. Faris hanya memandang sinis pada Dania.

Setelah siap memakai safety belt dengan sempurna, Dania memandang kebawah bukit tersebut. “Hish….” Kecut perut dibuatnya. Dania merasakan macam hendak terburai semua isi perut .Tangan Dania pun dah jadi lemah dan sejuk macam mayat hidup.

“Safety man, on!” laung Dania kepada pegawai bomba yang berada di bawah. Aliran adrenaline semakin laju. Dania cuba melawan ketakutan. Dengan perlahan-lahan Dania meloncat ke bawah. Pada mulanya, agak kurang lancar tetapi setelah beberapa ketika segalanya berada dalam kawalan. Lebih kurang dalam enam kali loncatan, Dania telah sampai ke daratan. Dia sedar dalam diam Adam memerhatikan dirinya dari kejauhan. Setelah agak penat dan panas menanti di situ Dania mula bergerak menuju ke bawah pokok getah untuk berteduh sambil memerhatikan rakan-rakan yang lain.

Kemudian Dania mengambil tempat di belakang Adam. Adam hanya diam membisu di situ. Dia bagaikan bukan Adam yang Dania kenali dulu atau mungkin kerana Dania sendiri yang telah mengelakkan diri dari Adam.

1 comment:

  1. Wynn Las Vegas and Encore Casino - Mapyro
    Wynn Las Vegas and Encore Casino map with map showing Wynn Las Vegas 공주 출장샵 and Encore Casino 시흥 출장마사지 The Wynn Hotel 강원도 출장안마 Lobby is 강릉 출장샵 located next 원주 출장샵 to the Fashion Show Mall.

    ReplyDelete