Rumah sewa Mok Nek begitu meriah dengan gelak tawa pada malam minggu
seperti ini. Kelihatan empat orang tetamu yang tidak asing lagi di rumah itu
datang bertandang. Barangkali segala tabiat ini telah menjadi kebiasaan bermula
dari awal tahun dua di universiti. Sekiranya tiada tugasan untuk disiapkan maka
perbualan dan gurau senda akan menghiasi pertemuan ini.
“Wei, next weekend aku tak boleh
nak join korang pergi bandar” ucap
Dania.
“Apsal pula?” tanya Yaya.
“Aku nak kena pergi diving dekat
Pulau Bidong sebab ada ekspedisi nak ambil sampel sponge untuk projek aku bagi produk anti-kanser” jawab Dania
kembali.
“Bestnya...nak ikut boleh?” soal
Cimoy.
“Hehehe...pergi ambil lesen SCUBA
dulu. Aku tak nak tengok ada ikan duyung yang tersesat pula nanti” balas Dania
pada Cimoy.
“Ala...kalau tersesat pun apa salahnya. Aku pergilah cari duyung jantan
untuk selamatkan aku” kata Cimoy sambil kedua-dua tangannya didayungkan
kehadapan seperti sedang berenang dengan penuh semangat.
“ Adoi !”tangan Cimoy memegang belakang kepalanya yang terhantuk di
meja.
Suasana yang sebentar tadi agak tenang kini telah bertukar gamat kerana
dengan gelak tawa mereka berlapan yang ceria dan riang.
“Itulah, berenang jauh sangat sampai terlanggar batu karang. Nasib baiklah
tak karam” kata Tie pada Cimoy.
“Dania...” Dania memandang pada suara yang memanggil namanya.
“Berapa ramai yang pergi diving nanti?” soal Jaja.
“Erm...yang bertolak dari UMT ada lapan orang. Tapi Prof. Nahar ada cakap
akan ada lagi empat orang divers
tambahan dari tempat lain yang akan join
sekali nanti. Jadi semua jumlah penyelam ada dalam 12 orang semuanya” terang
Dania.