Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Monday, 13 August 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 15



“Dalam tempoh 30 minit, aku nak semua orang berada dalam kumpulan” arah Staff Mohammadiah kepada semua peserta.

Selepas 30 minit, semua pelajar telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Staff Mohammadiah dan Staff Rosli kemudiannya membawa kumpulan mendaki bukit. Sepanjang perjalanan itu, Dania sentiasa mengambil peranan untuk membantu peserta perempuan dalam kumpulan tersebut. Pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi. Tetapi di sebalik itu, Dania juga turut mempelajari pelbagai perkara dan pengalaman baru yang mungkin tidak akan dipelajari dari buku-buku teks di sekolah. Dania begitu asyik menikmati panorama pemandangan hutan hijau yang dihiasi dengan pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang unik.

Setelah melalui perjalanan yang mendatar di sepanjang laluan pendakian maka bermulalah ujian pendakian yang mencabar ketahanan fizikal peserta kem. Mereka terpaksa mendaki bukit yang curam dan menempuhi pelbagai halangan. Disebabkan perasaan bertanggungjawab yang  bersarang di dalam diri maka Dania cuba untuk menyumbangkan bantuan dengan membantu teman-temannya yang  memerlukan bantuan bagi mengharungi curam yang merbahaya itu. Selesai menghulurkan bantuan, barulah Dania menyedari bahawa dia telah tertinggal di belakang. Mungkin rakan-rakan Dania yang lain tidak menyedari bahawa Dania telah tertinggal di belakang. Maka terpaksalah Dania berusaha sendirian untuk mendaki cerun yang agak curam itu.

Ketika Dania sedang terkial-kial berusaha untuk mendaki curam tersebut dan pada saat dia hampir berjaya. Tiba-tiba Dania mula kehilangan kesimbangan dan hampir tergelincir jatuh ke dalam jurang. Namun, sebelum Dania sempat tergelincir jatuh ke dalam jurang. Tiba-tiba tangan Dania telah dicapai oleh seseorang yang menarik aku daripada jatuh ke tepi curam. Saat itu, Dania tercungap-cungap menahan nafas dengan debar yang masih mengganas di dalam hati.

“Terima kasih sebab selamatkan saya”, kata Dania.

“Awak tak apa-apa ke?” tanya insan yang menjadi penyelamat Dania.
           
Mendengar suara tersebut telah menyebabkan degupan jantung Dania seakan-akan terhenti. Perlahan-lahan Dania memandang ke arah insan yang telah menyelamatkan nyawanya. Peluh dingin memercik di wajah Adam yang kelihatan begitu risau dengan keadaan Dania. Dania kehairanan. Bagaimana Adam boleh menyelamatkan dirinya, sedangkan Adam sepatutnya telah berada di barisan hadapan kerana dia merupakan pembawa bendera kumpulan. Dania benar-benar yakin bahawa hanya dia seorang sahaja yang tertinggal di belakang.

Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga itu. Tiba-tiba Adam menghulurkan tangannya kepada Dania. Mungkin niatnya hanya sekadar ingin membantu Dania. Walaupun Dania tahu Adam tak patut berbuat demikian kerana dia bukan muhrim kepada Dania. Namun dengan keadaan Dania yang masih kurang berdaya dan terkejut membuatkan Dania memerlukan seseorang untuk membantu dia kembali berdiri. Saat Adam mencapai tangan tersebut, Dania dapat merasakan pegangan yang sangat kejap dari tangan Adam. Dania rasa selamat. 
________________________________________________

Dapatkan salinan digital lengkap 'ANDAI KU BERCINTA LAGI' daripada ONLINE NOVEL

No comments:

Post a Comment