Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Saturday, 11 August 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 14


“Bangun!!...Bangun!!”

Bunyi jeritan dari pembesar suara ditambah pula dengan jeritan askar-askar telah mengejutkan Dania dari lena yang indah. Rasanya bagaikan baru sahaja Dania melelapkan mata, maklumlah malam tadi Dania hanya tidur beralaskan plastik kanvas di atas lapisan batu-batu kerikil yang dirasakan bersaiz sebesar penumbuk. Kawasan tempat tidur yang telah digunakan itu meninggalkan acuan tersendiri akibat susunan batu kerikil yang mengalas tidur Dania. Corak yang ditinggalkan kelihatan seperti lakaran gambar mangsa yang jenayah yang dibunuh.

‘Adui!...Sakitnya badan aku. Lebam-lebamlah agaknya lepas ni. Ish, betul-betul la askar-askar ni. Dengki betul tengok aku tidur nyenyak sikit. Tak sempat aku nak jumpa dengan putera Gunung Tahan dalam mimpi tadi.”aku hanya bermonolog sendirian.

Selesai solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Mohammad Alif, semua pelajar perlu melakukan senaman aerobik. Selalunya senaman aerobik yang di kaca televisyen akan diiringi oleh alunan muzik rancak. Istimewa senaman aerobik yang dilakukan pada kali ini adalah diiringi oleh suara-suara sumbang peserta kem serta jeritan lantang daripada staff-staff yang mengawasi. Paling istimewa dalam sesi senaman ini ialah terdapat tambahan gerakan versi baru yang dirasakan boleh dipraktikkan untuk mematahkan tulang rusuk pihak lawan dengan penuh efisyen. Selain itu, mungkin juga boleh digunakan dalam solekan ‘special effect’ yang pastinya akan memberikan kesan semula jadi warna biru pada badan iaitu berguling-guling secara berkala di atas lapisan batu-batu kerikil yang bersaiz sebesar penumbukku itu.

“Baiklah, aku nak kau orang berguling 20 kali kekiri dan 20 kali kekanan dalam pusingan yang serentak dan seragam.” Ucap salah seorang pegawai.

“Ya Allah, belum sempat pun aku nak bernafas dah kena guling 20 kali lagi. Mahu lebam teruk badan aku nanti. Agaknya beginilah namanya cara hidup seorang askar. Kalau beginilah keadaannya mesti aku akan surrender awal-awal” ucap Dania dalam nafas yang termengah-mengah.

“1,2,3,4,5,...! Dum!”

“Aduh!...Kepala Dania begitu sakit bagai dihempas dengan batu dan terasa berpusing dua-dua biji mata Dania. Siapalah agaknya manusia yang ada masalah mata ini? Sampaikan disepaknya kepala aku yang bersaiz sekian punya besar  ini. Apa dia ingat tapak kaki dia tu saiz macam tapak kaki bayi ke” sungut Dania dalam hati.

“Opss, sorry. Saya tak sengajalah.” Ucap satu suara.

Dania perlahan-lahan memandang ke arah tuan empunya suara yang meminta maaf padanya. Saat itu, melihat Adam berdiri di hadapan Dania sambil meminta maaf dengan wajah yang kosong. Namun, disebabkan malas untuk mngambil pusing dengan apa yang telah berlaku maka Dania hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan-lahan sebagai tanda telah memaafkan insan tersebut.
_______________________________________________________
Dapatkan salinan digital lengkap 'ANDAI KU BERCINTA LAGI' daripada ONLINE NOVEL 

No comments:

Post a Comment