Setelah tamat taklimat yang disampaikan oleh
Kapten Salmi, program ‘Operasi Burung
Hantu’ pun bermula. Setiap kumpulan yang diketuai oleh pegawai-pegawai
staff masing-masing telah bergerak ke lokasi yang ditetapkan. Sebelum bergerak
ke kawasan yang hendak dituju Dania telah bersiap sedia dengan semua alatan
yang diperlukan seperti pisau, lighter
dan surah Yassin.
Saat itu Dania
lihat jam tangannya telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Staff
Mohammadiah dan Staff Rosli telah membawa kumpulan Dania menuju ke kawasan kaki
bukit yang agak menyeramkan kerana dilitupi kawasan hutan yang tebal. Setelah
berjalan selama setengah jam dan tiba di suatu kawasan, mereka telah diarahkan
untuk menutup mata dan mendengar segala arahan yang diberikan.
Mereka dibawa
berjalan dalam satu barisan lurus. Dania menjadi orang terakhir di dalam
barisan tersebut. Manakala, Adam pula menjadi orang pertama kerana bertindak
sebagai ketua dan memegang bendara kumpulan yang perlu dipertahankan. Dalam
beberapa minit kemudian, seorang demi seorang daripada mereka dipisahkan dan
diletakkan di tempat yang berlainan dalam jarak yang tertentu.
“Semua boleh buka
mata” satu arahan telah diberikan.
Setelah membuka
mata, Dania hanya melihat pemandangan
gelap yang ditemani oleh cahaya bulan. Keadaan itu benar-benar membuatkan
jantunga Dania berdegup selaju kereta Ferrari. Tambahan pula, pada malam
tersebut bulan purnama begitu terang dengan struktur keadaan hutan primer itu
telah menyebabkan cahaya bulan benar-benar menyuluh tepat kewajah Dania. Entah
berapa kali agaknya Dania mengulangi bacaan ayat Kursi sambil menggenggam pisau
kecil yang sentiasa dibawa ke mana sahaja.
Malam itu Dania
telah bertekad, seandainya ditimpa bahaya saat itu, Dania akan menggunakan
pisau yang dibawa untuk mempertahankan dirinya walau dalam keadaan apa cara
sekalipun. Aura askar komander mula menguasai Dania. Bagi Dania, penting untuk
dirinya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang mungkin berada
di luar jangkaan. Pokok di hadapan Dania tiba-tiba bergerak. Saat itu, Dania
membayangkan pelbagai perkara dalam imaginasi otaknya termasuklah ada bayangan
toyol yang duduk di celah pokok-pokok tersebut..
Tetapi pada saat
itu, Dania mula merasakan perasaan keseorangan. Perasaan itu membuatkan Dania
merasa sesak dan kesedihan. Ketika itu Dania terkenangkan segala dosa yang
telah dilakukan hanya kerana dia hanyalah insan yang lemah dan sentiasa lupa
serta lalai. Hampir menitis air mata Dania. Namun, Dania tetap bertahan kerana
dia perlu menjadi tabah dalam hidup ini. Tepat pada pukul 2.30 pagi Staff
Mohammadiah dan Staff Rosli telah mengumpul kembali semua ahli kumpulan.
Sebelum mereka bergerak kembali ke kawasan perkhemahan, seorang daripada ahli
kumpulan tersebut tidak ditemui. Diana....hilang.
Setelah hampir
sepuluh minit barulah Diana ditemui, rupa-rupanya Diana begitu nyenyak tidur
berhampiran sungai tempat dia ditinggalkan. Hampir kelam-kabut semua orang
dibuatnya. Namun, pada saat itu Dania benar-benar bersyukur kepada Allah S.W.T.
Malam itu, semua pelajar mempunyai peristiwa masing-masing. Zaidi juga begitu
ketakutan sehingga dia telah membacakan Asma’ul Husna dengan kuat dan hampir
didengari seluruh penghuni rimba tersebut. Zaidi adalah antara manusia egoistik dan
tinggi diri yang pernah dikenali oleh Dania.
-------------------------------------------------------------------
PS: Untuk mendapatkan salinan softcopy lengkap 'ANDAI AKU BERCINTA LAGI' anda boleh menyertai pertandingan daripada ONLINE NOVEL
No comments:
Post a Comment