Page

Kami menyediakan pelbagai genre bahan bacaan digital untuk setiap lapisan umur secara PERCUMA. Sekiranya berminat untuk berkongsi karya penulisan anda. Boleh hantarkan karya tersebut kepada admin di onlinenovel2u@gmail.com

Monday, 13 August 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 15



“Dalam tempoh 30 minit, aku nak semua orang berada dalam kumpulan” arah Staff Mohammadiah kepada semua peserta.

Selepas 30 minit, semua pelajar telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Staff Mohammadiah dan Staff Rosli kemudiannya membawa kumpulan mendaki bukit. Sepanjang perjalanan itu, Dania sentiasa mengambil peranan untuk membantu peserta perempuan dalam kumpulan tersebut. Pelbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi. Tetapi di sebalik itu, Dania juga turut mempelajari pelbagai perkara dan pengalaman baru yang mungkin tidak akan dipelajari dari buku-buku teks di sekolah. Dania begitu asyik menikmati panorama pemandangan hutan hijau yang dihiasi dengan pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang unik.

Setelah melalui perjalanan yang mendatar di sepanjang laluan pendakian maka bermulalah ujian pendakian yang mencabar ketahanan fizikal peserta kem. Mereka terpaksa mendaki bukit yang curam dan menempuhi pelbagai halangan. Disebabkan perasaan bertanggungjawab yang  bersarang di dalam diri maka Dania cuba untuk menyumbangkan bantuan dengan membantu teman-temannya yang  memerlukan bantuan bagi mengharungi curam yang merbahaya itu. Selesai menghulurkan bantuan, barulah Dania menyedari bahawa dia telah tertinggal di belakang. Mungkin rakan-rakan Dania yang lain tidak menyedari bahawa Dania telah tertinggal di belakang. Maka terpaksalah Dania berusaha sendirian untuk mendaki cerun yang agak curam itu.

Ketika Dania sedang terkial-kial berusaha untuk mendaki curam tersebut dan pada saat dia hampir berjaya. Tiba-tiba Dania mula kehilangan kesimbangan dan hampir tergelincir jatuh ke dalam jurang. Namun, sebelum Dania sempat tergelincir jatuh ke dalam jurang. Tiba-tiba tangan Dania telah dicapai oleh seseorang yang menarik aku daripada jatuh ke tepi curam. Saat itu, Dania tercungap-cungap menahan nafas dengan debar yang masih mengganas di dalam hati.

“Terima kasih sebab selamatkan saya”, kata Dania.

“Awak tak apa-apa ke?” tanya insan yang menjadi penyelamat Dania.
           
Mendengar suara tersebut telah menyebabkan degupan jantung Dania seakan-akan terhenti. Perlahan-lahan Dania memandang ke arah insan yang telah menyelamatkan nyawanya. Peluh dingin memercik di wajah Adam yang kelihatan begitu risau dengan keadaan Dania. Dania kehairanan. Bagaimana Adam boleh menyelamatkan dirinya, sedangkan Adam sepatutnya telah berada di barisan hadapan kerana dia merupakan pembawa bendera kumpulan. Dania benar-benar yakin bahawa hanya dia seorang sahaja yang tertinggal di belakang.

Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga itu. Tiba-tiba Adam menghulurkan tangannya kepada Dania. Mungkin niatnya hanya sekadar ingin membantu Dania. Walaupun Dania tahu Adam tak patut berbuat demikian kerana dia bukan muhrim kepada Dania. Namun dengan keadaan Dania yang masih kurang berdaya dan terkejut membuatkan Dania memerlukan seseorang untuk membantu dia kembali berdiri. Saat Adam mencapai tangan tersebut, Dania dapat merasakan pegangan yang sangat kejap dari tangan Adam. Dania rasa selamat. 
________________________________________________

Dapatkan salinan digital lengkap 'ANDAI KU BERCINTA LAGI' daripada ONLINE NOVEL

Saturday, 11 August 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 14


“Bangun!!...Bangun!!”

Bunyi jeritan dari pembesar suara ditambah pula dengan jeritan askar-askar telah mengejutkan Dania dari lena yang indah. Rasanya bagaikan baru sahaja Dania melelapkan mata, maklumlah malam tadi Dania hanya tidur beralaskan plastik kanvas di atas lapisan batu-batu kerikil yang dirasakan bersaiz sebesar penumbuk. Kawasan tempat tidur yang telah digunakan itu meninggalkan acuan tersendiri akibat susunan batu kerikil yang mengalas tidur Dania. Corak yang ditinggalkan kelihatan seperti lakaran gambar mangsa yang jenayah yang dibunuh.

‘Adui!...Sakitnya badan aku. Lebam-lebamlah agaknya lepas ni. Ish, betul-betul la askar-askar ni. Dengki betul tengok aku tidur nyenyak sikit. Tak sempat aku nak jumpa dengan putera Gunung Tahan dalam mimpi tadi.”aku hanya bermonolog sendirian.

Selesai solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Mohammad Alif, semua pelajar perlu melakukan senaman aerobik. Selalunya senaman aerobik yang di kaca televisyen akan diiringi oleh alunan muzik rancak. Istimewa senaman aerobik yang dilakukan pada kali ini adalah diiringi oleh suara-suara sumbang peserta kem serta jeritan lantang daripada staff-staff yang mengawasi. Paling istimewa dalam sesi senaman ini ialah terdapat tambahan gerakan versi baru yang dirasakan boleh dipraktikkan untuk mematahkan tulang rusuk pihak lawan dengan penuh efisyen. Selain itu, mungkin juga boleh digunakan dalam solekan ‘special effect’ yang pastinya akan memberikan kesan semula jadi warna biru pada badan iaitu berguling-guling secara berkala di atas lapisan batu-batu kerikil yang bersaiz sebesar penumbukku itu.

“Baiklah, aku nak kau orang berguling 20 kali kekiri dan 20 kali kekanan dalam pusingan yang serentak dan seragam.” Ucap salah seorang pegawai.

“Ya Allah, belum sempat pun aku nak bernafas dah kena guling 20 kali lagi. Mahu lebam teruk badan aku nanti. Agaknya beginilah namanya cara hidup seorang askar. Kalau beginilah keadaannya mesti aku akan surrender awal-awal” ucap Dania dalam nafas yang termengah-mengah.

“1,2,3,4,5,...! Dum!”

“Aduh!...Kepala Dania begitu sakit bagai dihempas dengan batu dan terasa berpusing dua-dua biji mata Dania. Siapalah agaknya manusia yang ada masalah mata ini? Sampaikan disepaknya kepala aku yang bersaiz sekian punya besar  ini. Apa dia ingat tapak kaki dia tu saiz macam tapak kaki bayi ke” sungut Dania dalam hati.

“Opss, sorry. Saya tak sengajalah.” Ucap satu suara.

Dania perlahan-lahan memandang ke arah tuan empunya suara yang meminta maaf padanya. Saat itu, melihat Adam berdiri di hadapan Dania sambil meminta maaf dengan wajah yang kosong. Namun, disebabkan malas untuk mngambil pusing dengan apa yang telah berlaku maka Dania hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan-lahan sebagai tanda telah memaafkan insan tersebut.
_______________________________________________________
Dapatkan salinan digital lengkap 'ANDAI KU BERCINTA LAGI' daripada ONLINE NOVEL 

Thursday, 9 August 2012

Andai Ku Bercinta Lagi : 13




Setelah tamat taklimat yang disampaikan oleh Kapten Salmi, program ‘Operasi Burung Hantu’ pun bermula. Setiap kumpulan yang diketuai oleh pegawai-pegawai staff masing-masing telah bergerak ke lokasi yang ditetapkan. Sebelum bergerak ke kawasan yang hendak dituju Dania telah bersiap sedia dengan semua alatan yang diperlukan seperti pisau, lighter dan surah Yassin.

Saat itu Dania lihat jam tangannya telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Staff Mohammadiah dan Staff Rosli telah membawa kumpulan Dania menuju ke kawasan kaki bukit yang agak menyeramkan kerana dilitupi kawasan hutan yang tebal. Setelah berjalan selama setengah jam dan tiba di suatu kawasan, mereka telah diarahkan untuk menutup mata dan mendengar segala arahan yang diberikan.
Mereka dibawa berjalan dalam satu barisan lurus. Dania menjadi orang terakhir di dalam barisan tersebut. Manakala, Adam pula menjadi orang pertama kerana bertindak sebagai ketua dan memegang bendara kumpulan yang perlu dipertahankan. Dalam beberapa minit kemudian, seorang demi seorang daripada mereka dipisahkan dan diletakkan di tempat yang berlainan dalam jarak yang tertentu.

“Semua boleh buka mata” satu arahan telah diberikan.

Setelah membuka mata, Dania hanya melihat  pemandangan gelap yang ditemani oleh cahaya bulan. Keadaan itu benar-benar membuatkan jantunga Dania berdegup selaju kereta Ferrari. Tambahan pula, pada malam tersebut bulan purnama begitu terang dengan struktur keadaan hutan primer itu telah menyebabkan cahaya bulan benar-benar menyuluh tepat kewajah Dania. Entah berapa kali agaknya Dania mengulangi bacaan ayat Kursi sambil menggenggam pisau kecil yang sentiasa dibawa ke mana sahaja.

Malam itu Dania telah bertekad, seandainya ditimpa bahaya saat itu, Dania akan menggunakan pisau yang dibawa untuk mempertahankan dirinya walau dalam keadaan apa cara sekalipun. Aura askar komander mula menguasai Dania. Bagi Dania, penting untuk dirinya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang mungkin berada di luar jangkaan. Pokok di hadapan Dania tiba-tiba bergerak. Saat itu, Dania membayangkan pelbagai perkara dalam imaginasi otaknya termasuklah ada bayangan toyol yang duduk di celah pokok-pokok tersebut..
Tetapi pada saat itu, Dania mula merasakan perasaan keseorangan. Perasaan itu membuatkan Dania merasa sesak dan kesedihan. Ketika itu Dania terkenangkan segala dosa yang telah dilakukan hanya kerana dia hanyalah insan yang lemah dan sentiasa lupa serta lalai. Hampir menitis air mata Dania. Namun, Dania tetap bertahan kerana dia perlu menjadi tabah dalam hidup ini. Tepat pada pukul 2.30 pagi Staff Mohammadiah dan Staff Rosli telah mengumpul kembali semua ahli kumpulan. Sebelum mereka bergerak kembali ke kawasan perkhemahan, seorang daripada ahli kumpulan tersebut tidak ditemui. Diana....hilang.

Setelah hampir sepuluh minit barulah Diana ditemui, rupa-rupanya Diana begitu nyenyak tidur berhampiran sungai tempat dia ditinggalkan. Hampir kelam-kabut semua orang dibuatnya. Namun, pada saat itu Dania benar-benar bersyukur kepada Allah S.W.T. Malam itu, semua pelajar mempunyai peristiwa masing-masing. Zaidi juga begitu ketakutan sehingga dia telah membacakan Asma’ul Husna dengan kuat dan hampir didengari seluruh penghuni rimba tersebut.  Zaidi adalah antara manusia egoistik dan tinggi diri yang pernah dikenali oleh Dania.

-------------------------------------------------------------------
PS: Untuk mendapatkan salinan softcopy lengkap 'ANDAI AKU BERCINTA LAGI' anda boleh menyertai pertandingan daripada ONLINE NOVEL