Setelah selesai
solat Isyak berjemaah di surau , semua pelajar berpusu-pusu pulang ke bilik
masing-masing. Begitulah rutin harian pelajar MRSM Pendang. Kelihatan Siti
Fateha, Ain Azzah dan Atie Nazirah yang merupakan teman sebilik Dania di sini
sedang sibuk bersiap-siap untuk keluar. Entah ke manalah arah tujuan mereka malam
minggu begini. Tapi Dania lebih selesa bertindak sebagai pemerhati kerana penat
akibat latihan silat petang tadi masih tak hilang lagi.
“Wei, Dania! Kau
nak ikut kita orang tak? Malam ni ada cerita Charmed kat NTV7”, kata
Azzah merujuk kepada cerita 3 adik-beradik ahli sihir perempuan yang cukup popular di televisyen pada ketika itu.
“Kalau nak , jomlah
pergi awal sikit. Kalau tak nanti penuhlah”, tingkah Teha.
“Aku penat sangat
lah. Korang jer la yang pergi tengok, lepas tu cerita kat aku nanti” balas
Dania dengan nada malas. Dania menolak lembut pelawaan mereka yang setia
menantinya dengan wajah sekupang itu secara terhormat kerana tak mahu mareka
terasa hati. Maklumlah, hanya dengan mereka bertiga sahajalah Dania menumpang
kasih sebagai anak rantau.
Bagi Dania
rehatnya itu lebih penting berbanding cerita televisyen kerana dia tidak mahu
keletihan pada keesokan harinya ketika waktu sekolah kerana tidak cukup rehat.
Melihat cadar katil yang masih tegang tanpa terusik seperti menarik Dania untuk
berbaring merehatkan tubuhnya. Melihat kipas syiling putih yang ligat berputar
pada kelajuan maksimum membuatkan Dania terleka sebentar membilang saat yang berlalu.
Tanpa disedari, entah sejak bila Dania
terlena. Beberapa saat kemudian yang terdengar hanyalah hembusan lembut
nafas Dania diiringi ombak dadanya yang memaparkan keletihan yang ditanggung.
“DUMPP!!” Bunyi
benda jatuh yang entah datangnya dari mana telah mengejutkan Dania dari
tidurnya yang nyenyak. Saat matanya dibuka , Dania melihat biliknya masih lagi
cerah bercahaya. Jam tangan yang terletak kemas di tepi bantal segera dicapai.
Dia tertanya-tanya di mana agaknya Teha, Azzah dan Atie waktu-waktu begini
sedangkan jam telah menunjukkan pukul 12.30 malam. Melihat tiga katil di dalam
bilik tersebut masih kosong membuatkan Dania kebingungan. Perasaan panik mula
menerjah.
Tombol pintu yang
masih berkunci rapat dipulas perlahan oleh Dania. Niat di hati untuk melihat
barangkali ada sesiapa yang berada di luar. Puas melihat ruang kiri dan kanan
tingkat 3 aspuri tersebut. Namun, tiada kelibat seorang pelajar pun yang
kelihatan. Hanya Dania yang berdiri di situ sambil ditemani angin malam yang
menumpang lalu untuk berhembus di lorong tengah tingkat tersebut. Mungkinkah
Dania bermimpi?
Tiba-tiba Dania
terdengar bunyi satu suara halus dari luar tingkap biliknya. Dania yang masih
dalam perasaan kebingungan segera pergi membuka tingkap dan melihat terdapat
sekumpulan pelajar perempuan sedang berkumpul di hadapan dewan makan. Degupan
jantungnya semakin kencang, rasanya kalau ditoreh pun semua kulit di badan Dania
di saat ini pastinya tidak akan ada darah yang mengalir. Apa yang paling ditakuti
akhirnya menjadi mimpi ngeri Dania malam itu. Masakan dia tak tahu sebarang
maklumat pun berkaitan “roll-call” yang
dibuat oleh ketua warden yang cukup terkenal dengan dan amat digeruni itu iaitu
Cikgu Shukri atau lebih dikenali dengan nama Pak Sok.
“Wargh! Matilah
aku kali ni, mesti kena voodoo dengan
Pak Sok ni”, kata Dania memberi amaran pada diri sendiri.
Saat ini Dania
merasakan bahawa dia sedang menghadapi sumpahan yang maha dahsyat tahap dewa dalam
hidupnya seperti ini adalah saat pengakhiran kehidupan. Tanpa menunggu dengan
lebih lama lagi Dania segera mencapai tudungnya serta baju sejuk kerana dia
hanya berbaju lengan pendek dan segera turun untuk menghadapi hukuman mandatori
daripada Pak Sok. “Ya Allah, bantulah hambamu ini”.Hanya itu yang mampu dia
bisikkan ke dalam hatinya sebagai peniup
semangat.
Ketika Dania
berjalan menghampiri tangga yang berdekatan dengan tempat pelajar lain berkumpul
menyebabkan semua mata yang berada di situ tertumpu kepadanya. Pak Sok yang
saat itu sedang memberikan syarahan keramatnya juga tiba-tiba terhenti dan
melihat kearah Dania dengan penuh tanda tanya. Tanpa dipinta Dania yang masih
lagi mengantuk bagai dipukau segera berjalan menuju kehadapan Cikgu Shukri
untuk memberikan penjelasan. Tindakan Dania yang bagaikan banduan di dalam
penjara datang memberikan laporan harian hanya diperhatikan oleh ketua warden
tersebut melalui ekor matanya.
“Minta maaf cikgu.
Saya tertidur tadi , tak tahu pula yang cikgu ada buat roll-call malam-malam macam ni”, terang Dania pada Pak Sok dengan
muka yang mengantuk.
“Nama kau siapa? Buat
apa kau tiba-tiba turun? Aku ingat makhluk asing mana pulak yang berjalan
malam-malam buta ni” kata Pak Sok dengan nada yang serius.“Ait... dah buat roll-call mestilah aku turun. Takkan aku
nak naik pula kot?” jawab Dania dalam hati. Dia sendiri tak pasti sama ada Pak
Sok benar-benar serius atau sengaja berlakon serius di hadapannya.
Tanpa dipinta
Dania segera memberikan penjelasan. “Nama saya Nur Dania Insyirah Mohd Affendy.
Tadi saya tertidur sebab penat sangat lepas balik dari latihan silat.Tapi,
waktu saya bangun dari tidur, saya tengok semua roommate saya tak ada. Lepas tu saya tengok ada roll-call kat bawah ni sebab tu lah saya
turun sebab saya takut roommate saya
kena denda pula kalau tak cukup ahli dalam bilik”,kata Dania cuba membela
dirinya yang dirasakan tak bersalah.
“Mana roommate kau pergi? Kena culik ke?” ucap
Pak Sok sambil matanya dicerlungkan memandang Dania yang sedang tegak berdiri
di hadapannya.
“Manalah saya tahu
,cikgu. Apa yang saya tahu roommate saya
dah hilang” kata Dania yang tidak mahu mengaku kalah. Tiba-tiba sahaja semua pelajar
yang ada di situ tergelak terbahak-bahak selepas mendengar jawapan yang diberikan
oleh Dania. Bingung..
Dania merasakan
tiada apa yang salah dalam jawapannya. Tetapi dia hairan mengapa semua pelajar
yang berada di situ menghemburkan tawa yang bagai ditahan sekian lama. Mindanya
pada waktu itu berada pada keadaan separa sedar. Namun, cuba di perah untuk
mencari jawapan. “Roommate saya dah
‘hilang’. ‘Hilang’....Perkataan itu yang menyebabkan merekan tertawa kerana
frasa perkataan tersebut memberikan tanggapan seperti Atie, Azzah dan Teha
telah diculik” monolog Dania sendirian.
Itulah bahana
kerana terlebih hebat daripada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ketika
menggunakan frasa kata sesuka hati dalam ayat pertuturan. Seharusnya perkataan
tersebut boleh digantikan dengan perkataan yang lebih sesuai. Namun, siapa yang
tak kenal dengan Dania. Setiap tutur kata yang dilontarkan oleh Dania
kebanyakkan hanya mengikut sesedap lontaran lidahnya sahaja. Atie yang
merupakan teman baik Dania juga mengambil masa untuk memahami maksud perkataan
Dania dalam setiap ayat yang dituturkan. Tapi itulah uniknya Dania.
Setelah selesai
sesi gelak ketawa, akhirnya Dania pun mengambil tempat menyertai pelajar lain.
Dia pun terpaksa mendengar sambungan syarahan Pak Sok. Sepuluh minit kemudian
mereka semua dibenarkan bersurai. “Ya Allah, banyak ni je syarahan Pak Sok.
Buat penat je aku turun tadi,siap dapat malu yang berguni-guni pulak tu” omel
Dania sendirian dalam hati. Mahu sahaja dia membuat plastic surgery pada mukanya saat ini. Malu yang teramat.
Semenjak insiden
tesebut Dania benar-benar telah dikenali bukan hanya di kalangan pelajar perempuan
tingkatan 1 tetapi juga pelajar perempuan tingkatan 4 dengan gelaran ‘budak
hilang’. Populariti yang meningkat secara tiba-tiba telah membuatkan hidup
Dania bertambah ceria. Tercipta satu sejarah hidupnya. Mungkin agak memalukan.
Namun, Dania pasti masih mampu bercerita dengan senyuman pada anak-anak dan
cucunya nanti.